Beliau sudah tiada ibu dan ayah...bolehkan nasi bajet yang dijualnya viral seperti orang lain?
Assalamualaikum.
Saya terpanggil nak menulis sejak memerhati fenomena Nasi Lemak Anak Dara menjadi “viral” 1 Malaysia baru2 ni. Rezeki beliau serta rupa dan bakat yang ada. Orangnya pun bukan calang2 educated kan.
Saya terpanggil nak menulis sejak memerhati fenomena Nasi Lemak Anak Dara menjadi “viral” 1 Malaysia baru2 ni. Rezeki beliau serta rupa dan bakat yang ada. Orangnya pun bukan calang2 educated kan.
Saya pun ada seorang kawan jual nasi lemak jugak nama Siti Sabirah. Saya panggil Cik Ah je. Dia jual nasi lemak kat market dan nat Pekan kodiang, Kedah. Muda lagi baru 24 tahun. Dia ni anak yatim piatu dan kehidupan mereka sekeluarga serba daif. Ayah meninggal masa mak dia mengandungkan dia dalam perut.
Kiranya masa dia lahir tak sempat la merasa kasih seorang ayah. Mak dia pulak meninggal masa dia umur 18 tahun. Sakit kencing manis. Cik ah ni anak bongsu dari 3 beradik. Kakak sulung dah kahwin tinggal asing. Kakak sulung meniaga sayur kat market. Kakak nombor 2 baru bekerja sebagai nurse kat Selangor selepas dekat 5 tahun jugak kerja “lari bidang”. Kerja sales girl, kfc, pam minyak dan bermacam jenis kerja.
Gerai nasi lemak ni arwah mak dia usahakan sejak dari tahun 90-an lagi. Masa kecik2 dulu cik ah dan kakak2 dia ni la banyak menolong urus gerai nasik lemak. Masak, tolak kereta sorong, urus gerai, dan macam2 lagi. Sampailah sekarang rutin yg sama berulang selepas cik ah mewarisi perniagaan nasi lemak ni selepas arwah mak dijemput Ilahi tahun 2010.
Ceritanya dari A sampai Z lah dia buat seorang diri. Masak sorang2, pacak payung yg besar gedabak tu pun sorang2. Tolak kereta sorong yg berat tu sorang2 tak kira hujan panas. Saya sendiri pernah tolong dia tolak kereta sorong. Memang sangat2 berat dengan lalu depan traffic light pekan lagi. Orang kiri kanan tengok. Soal malu tu tak payah la cakap. Memang tebal muka, Tapi Cik Ah ni orang yg berjiwa kental. Dia tak malu buat kerja2 macam ni. Memang saya tabik dia. Masyaallah, baru 24 tahun tapi dah galas tanggungjawab yg sangat berat. Bayangkan buat kerja semua seorang diri…yang sepatutnya orang lelaki buat.
Masa sekolah dulu dia boleh dikatakan pelajar pandai. Aktif sukan masa sekolah. Selalu dapat pingat dalam acara sukan. Tapi malangnya dia tak berpeluang sambung belajar lepas SPM sebab kekangan kewangan. Sebab masa tu tahun 2010 arwah mak dia tenat sakit kencing manis. Kakak nombor 2 pulak masih belajar kat universiti swasta. Memang memerlukan perbelanjaan tinggi sepanjang pengajian. Jadi dia berkorban dan dahulukan kakak dia habiskan study dulu.
Begitulah kisah Cik Ah. Kita boleh jadikan kisah ini sebagai contoh. Walaupun dia tak berpelajaran tinggi. Dia mampu berdikari dengan bakat yg ada, kekuatan kudrat yg Allah anugerahkan untuk dia meneruskan kehidupan ini. Kalau netizen boleh viralkan Nasi Lemak Anak Dara…
tapi kenapa tidak viralkan nasi lemak gadis dari Kodiang ni?
Atas dasar kemanusiaan, jom sama2 kita menambah pahala kita dengan share dan viralkan perniagaan usahawan muda ini. Semoga perniagaan beliau semakin dikenali orang ramai dan makin dimurahkan rezeki. Amin.
0 comments:
Post a Comment