Wednesday 19 October 2016

[Video] 'DATO' SRI UMNO' ditahan polis & digari...Rakyat tak 'terkujut' pun!

Rabu, 19 Oktober 2016

Rakyat tak terkejut sama sekali bila DATO' SRI AMENO ini ditahan polis & digari di hadapan khayalak ramai..

TETAPI akan amat terkejut jika dia dibebaskan setelah diambil keterangan.. sepatutnya ditahan reman terlebih dulu kerana melibatkan jenayah ancaman kekerasan dan forensik ..


Llaki yg berkot hitam tu namanye imran... Bliau mrupakan seorang inspektor sukarelawan polis... Org kuat Dato' jamal ni... Tu je la info... Yg len hope boleh fikir sndri...


KAH !!.. KAH !!.. KAH !!.. ada bakat terpendam rupanya. Agak2 bila boleh 'joint' sama dgn Leonardo DiCaprio..

NAMPAK TAK... mengapa DATO' SRI UMNO ini hanya digari di hadapan ??.. lps tu bangga tunjuk depan kamera & orang ramai.. Bukankah SOP sekarang untuk menggari tahanan di bahagian belakang..

Jeng.. Jeng.. Jeng..!!!



Polis tangkap Jamal di KLIA setibanya dari Dubai

Pemimpin gerakan ‘baju merah’ Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini dikenakan tahanan reman selama dua hari, kata penasihat undang-undang kumpulan itu, Mohd Imran Tamrin .
Imran berkata, perintah reman 48 jam berkuat kuasa pada jam 8.30 pagi ini selepas Jamal ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Beliau ditahan selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung catatannya di Facebook dan juga mengenai beberapa kejadian lain," kata Imran kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.
Jamal disiasat mengikut eksyen 500 dan 503 Kanun Keseksaan kerana fitnah dan ugutan jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.
Imran tidak menolak bahawa Jamal akan turut disoal berhubung kejadian lain yang termasuk kekecohan di Sabak Bernam dua minggu lalu.
Jamal, yang akan menghabiskan dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, ditahan sebaik sahaja pulang ke negara ini.
Menurut setiausahanya, Durrany Izam, Jamal ditangkap pada kira-kira jam 8:30 pagi sebaik sahaja dia tiba dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Jamal tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 10.30 pagi dalam SUV bercermin gelap.
Walaupun digari, dia sempat melambai kepada wartawan yang menunggu di luar balai polis.
Polis sebelum ini menunggu kepulangan Jamal dari Dubai untuk merakamkan kenyataannya mengenai pertembungan antara baju merah dan konvoi BERSIH 5 di Sabak Bernam dua minggu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengumumkan polis akan menyiasat ketua Umno Sungai Besar itu berhubung posting dakwaan amaran tentang ‘rusuhan 13 Mei’ jika perhimpunan BERSIH 5 diteruskan.
Jamal, bagaimanapun, menafikan bahawa beliau di belakang posting itu, dengan mendakwa ia dibuat menggunakan akaun palsu.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena