Tuesday 18 October 2016

[Video] LAPORAN TERBARU!! Mahathir DEDAHKAN Cubaan Najib Curi 30Billion Projek KTM Pantai Timur...Aik! Kenapa buat ladang rakyat yang tiada rakyat?

Selasa, 18 Oktober 2016


Image result for Gambar Kereta Api KTM

Kenapa tarah puncak bukit, buat ladang rakyat yang tiada rakyat, soal aktivis

Pembalakan rakus pihak kerajaan Kelantan di beberapa kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) sebelum dibangunkan projek Ladang Rakyat mengundang banyak persoalan dalam kalangan aktivis.
Fauzi Mohd Azmi dari NGO Impian Kelantan menyifatkan pelaksanaan ladang di lokasi terpencil hulu negeri itu sebagai tidak masuk akal serta memusnahkan alam semulajadi dan mengancam kehidupan masyarakat Orang Asli.
"Apa keperluannya Kerajaan Negeri Kelantan menebang habis hutan-hutan dara dengan tujuan membina "ladang" di kawasan pedalaman yang begitu jauh dari jalan besar, apa lagi bandar?
"Apa untungnya menarah puncak-puncak bukit sehingga botak licin semata-mata kerana hendak mengadakan 'ladang rakyat' di kawasan yang tiada berpenghuni atau tiada rakyat?" bidasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Persoalan itu timbul selepas beliau hampir lima kali meredah debu merah selain selut lumpur jika hujan sejauh hampir 100 kilometer melalui jalan balak yang adakalanya memakan masa lebih daripada enam jam perjalanan dengan kenderaan pacuan empat roda (4x4).
"Pertama sekali pada 4 Oktober lalu, masuk melalui Kuala Betis melintasi beberapa buah bukit yang saya kira ketinggiannya lebih daripada 1,000 kaki paras laut.
"Selepas itu menyeberang lebih daripada 10 anak sungai dan hampir lima sungai besar kemudian keluar melalui Meranto," ceritanya.
Sehubungan itu, beliau mempertikai individu yang akan mengerjakan projek di ladang komersial tersebut.
"Atas nama 'ladang rakyat', siapa kemudiannya mahu dihantar bermastautin sejauh berpuluh-puluh kilometer ke kawasan pedalaman untuk menghidupkan 'ladang-ladang rakyat' itu?" soalnya.
Turut diperkatakan adalah ketiadaan infrastruktur dan logistik asas di pedalaman negeri itu sekaligus menimbulkan tanda tanya sejauh mana kewajaran ladang dibuka dalam skala yang amat besar di kawasan yang asalnya hutan simpan kekal.
"Siapa antara rakyat Negeri Kelantan yang difikirkan pihak Kerajaan Negeri Kelantan sanggup berpindah dari kawasan pinggir bandar atau kampung-kampung ke kawasan pedalaman yang langsung tidak ada kemudahan asas - elektrik, air bersih, jalan raya, kedai-kedai untuk membeli barangan makanan dan lain-lain?
"Kalau yang sudah berkeluarga, mempunyai anak dan isteri, adakah mereka sanggup berpindah tinggal jauh di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai sekolah?
"Kalau yang bujang, adakah mereka sanggup berhijrah ke kawasan pedalaman menjalani hidup persis (orang) Nomad?" bidas Fauzi lagi.
Mengulas lanjut konsep Ladang Rakyat ketika pentadbiran Kelantan di bawah Almarhum Tuan Guru Nik Aziz, beliau berkata, pelaksanaan projek itu jelas berhampiran kawasan yang didiami rakyat.
"Betullah Ladang Rakyat satu masa dulu memberi pulangan yang bukan sedikit pada Kerajaan Negeri, tapi seingat saya, 'Ladang-ladang Rakyat' yang diwujudkan ketika zaman pemerintahan TGNA (Allahyarham) letak lokasinya tidak jauh dari pekan, bandar atau jalan utama.
Rakaman drone minggu lalu bukti pembalakan di Gua Musang berlaku tanpa kawalan kerajaan negeri seperti diakui NGO alam sekitar yang turut serta dalam siasatan itu. Foto: Syam GhazRakaman drone minggu lalu bukti pembalakan di Gua Musang berlaku tanpa kawalan kerajaan negeri seperti diakui NGO alam sekitar yang turut serta dalam siasatan itu. Foto: Syam Ghaz"Pandu kereta di jalan-jalan utama sudah nampak 'ladang-ladang rakyat' era pemerintahan TGNA (Allahyarham). Dekat situ, nampak sikit kewarasan mewujudkan kawasan perladangan di lokasi yang ada 'rakyatnya'," jelasnya.
Popi, ganja dan ketum?
Walau bagaimanapun, Fauzi secara sinis menganggap projek Ladang Rakyat di kawasan jauh terpencil pada masa ini bagi menanam pokok yang dikaitkan dengan penghasilan dadah.
"Sebab nak berbaik sangka, saya bayangkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan berhajat untuk mewujudkan 'Ladang-ladang Rakyat' yang tanamannya terdiri daripada pokok popi, ganja dan juga ketum.
"Jadi, di situ memang ada keperluan untuk bina ladang sejauh yang mungkin dari rakyat umum.
"Takkan timbul masalah untuk cari siapa yang bakal mengurus dan menjaga 'Ladang-ladang Rakyat' tersebut sebab pasti ada yang sanggup tinggal di kawasan pedalaman sejauh berpuluh kilometer demi sebuah kehidupan yang baik," tempelaknya.
Beliau menganggap kemungkinan itu adalah 'pandangan jahat sepintas lalu' untuk menjawab segala persoalan yang tiada jawapan.
Sekali lagi beliau melontarkan persoalan tentang kemusnahan ribuan hektar hutan simpan yang menjejaskan kesejahteraan hidup komuniti Orang Asli di Kelantan.
"Kenapa perlu jahanamkan kehidupan masyarakat Orang Asli untuk sebuah projek yang tidak masuk akal?" bidasnya lagi.
Dalam hal berkaitan, dapatkan akhbar mingguan Amanah Bil 21 di pasaran sekarang bagi mengikuti laporan penuh tinjauan anjuran R Malaysia ke kawasan Hutan Simpan Kekal yang terjejas dengan pembalakan rakus tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena