Wednesday, 12 October 2016

[Video] HUSAM: Kukuhkan Pakatan Harapan, Usah Hiraukan PAS...'Anwar boleh yakinkan PAS agar pembangkang bersatu'?

Rabu, 12 Oktober 2016

'Anwar boleh yakinkan PAS agar pembangkang bersatu'

Bekas anggota parlimen PAS berkata pembebasan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menentukan masa depan pembangkang dalam menentang BN.
Anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar yang meninggalkan PAS untuk menyertai PKR berkata, pengaruh Anwar dapat meyakinkan PAS terhadap keperluan untuk pembangkang bersatu menjelang pilihan raya umum ke-14.
"Ia juga bukan hanya mengenai masa depan negara.
"PAS harus sedar bahawa masa depan sendiri bergantung kepada menjalin kerjasama dengan semua parti yang lain," Kamarudin (gambar) berkata ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.
Beliau adalah antara anggota parlimen yang hadir bagi menunjukkan sokongan dalam perbicaraan semakan terhadap sabitan Liwat II Anwar.
Permohonan yang jarang sekali berlaku itu akan menentukan sama ada panel lima hakim yang diketuai Tun Ariffin Zakaria pada 10 Februari 2015 telah terkhilaf dalam keputusannya mengekalkan sabitan dan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar.
Sekiranya panel yang baru hari ini memutuskan bahawa panel hakim terdahulu telah tersasar, ia boleh memerintahkan Anwar dibebaskan dan dengan itu membenarkan beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang dijangka tahun depan.
Mengulas lanjut, Kamarudin berkata pengaruh Anwar di kalangan penyokong masih kekal, walaupun beliau ditahan di penjara.
"Bukan sahaja di Selangor, Pulau Pinang atau Kelantan, tetapi di semua kerusi yang dimenangi oleh pembangkang," kata Kamarudin, yang menambah bahawa Anwar adalah faktor penyumbang terhadap banyak kerusi dimenangi pembangkang, yang pada masa itu terdiri daripada PAS, PKR dan DAP .
'Menaikkan semangat kami'
Ditanya mengenai usaha Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilapor berunding dengan PAS, Kamaruddin berkata beliau mengalu-alukan sebarang langkah ke arag membentuk pembangkang yang bersatu padu.
Sementara itu Anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli berkata Anwar kekal sebagai pemimpin de facto pembangkang, walaupun beradai di penjara.
"Pembebasan beliau akan menaikkan semangat kami untuk meneruskan perjuangan menentang BN," kata Hatta yang kini bersama AMANAH.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai sebarang rundingan kerusi antara BERSATU dan PAS.
"Tiada komen," katanya ketika ditanya mengenai permintaan Muhyiddin kepada PAS agar parti barunya dibenarkan bertanding menentang Umno di Kelantan.
Muhyiddin membuat permintaan itu awal bulan ini, ketika menyampaikan ceramah di pentas PAS di Kemaman, Terengganu.
Sejak perpecahan Pakatan Rakyat dan pembentukan Pakatan Harapan, PAS telah memulakan pembentukan sebuah "blok ketiga" dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan NGO lain.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena