BAHAN BUKTI: Sebahagian daripada wang tunai bernilai RM52 juta yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Anwar: Rampasan Sabah bukti rasuah membarah di negara ini
Rampasan lebih RM114.5 juta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Sabah, baru-baru ini adalah bukti bahawa gejala rasuah di negara ini adalah pada peringkat parah.
Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata apa yang berlaku itu mungkin mencerminkan petanda tatakelola dan pengurusan buruk oleh kerajaan pusat.
Beliau juga mempersoalkan kenyataan pemimpin politik Sabah tertentu yang berkata dana RM3.3 bilion yang disalurkan terus daripada kerajaan pusat ke Jabatan Air Sabah tanpa melalui kerajaan negeri Sabah.
“Bagaimana hal ini boleh berlaku tanpa pengetahuan menteri Sabah yang berkenaan?
“Sepatutnya wang rakyat dan Jabatan Air Sabah diurus khusus untuk memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat Sabah.
“Maka, insiden ini membuktikan bahawa amalan rasuah sudah parah dan terus membarah di negara kita yang tercinta ini,” katanya.
Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment