Wednesday, 5 April 2017

[Video MAHFUZ - RUU 355 Politik Gopoh & Gelojoh] Adakah Hadi berpeluang? & Adakah SAMAN Tawfik untuk MENYELAMATKAN NAJIB?

Rabu, 5 April 2017

Foto Muhd Salahudin Chey.
Muhd Salahudin Chey
Foto Suara Rakyat.
Mudahnya cara selesaikan masalah sosial oleh ahli Parlimen UMNO-BN ni.

Merendahkan martabat kaum wanita, menggalakan jenayah rogol, mencemar agama dan beribu lagi persoalan berbangkit dengan kenyataan ini.

JIKA IA BERLAKU terhadap beliau, adakah beliau rela anak sendiri yg jadi mangsa rogol berkahwin dgn si perogol itu??!!.. Sanggup bermenantukan si perogol ??!!
Foto Otai BERSIH.
Ayuh kaum WANITA semua ingatlah masa mengundi nanti ingat UMNO/BN ingat perogol mereka tak bela kaum wanita ada ketua wanita pun asik nk bela lembu je...berilah sokongan anda semua pada PAKATAN HARAPAN utk masa depan yg lebih cerah dan terjamin.
Foto Otai BERSIH.
Jahat Dap ni...senang2 nak tolak hudud...!!

ADAKAH SAMAN TAWFIK UNTUK MENYELAMATKAN NAJIB?


Siapa Tawfik Tun Dr. Ismail sekarang ini?

Ramai yang hanya sekadar tahu beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Benut, Johor selama sepenggal sebelum ini mewakili UMNO. Tetapi, tidak seperti bapanya, Tawfik kurang menyerlah dalam dunia politik.

Selepas tidak menjadi wakil rakyat, beliau kemudian dilaporkan menceburi bidang perniagaan sepenuh masa.

Hanya beberapa tahun kebelakangan ini, namanya muncul kembali apabila beliau kerap mengeluarkan kenyataan mewakili Kumpulan G25 iaitu sebuah kumpulan yang dianggotai oleh bekas pegawai kanan kerajaan yang sudah bersara.

Kumpulan G25 ini pada asalnya diasaskan oleh 25 orang tokoh Melayu terkemuka dalam kerajaan yang berperanan menyuarakan pandangan mengenai isu-isu penting yang berlaku dalam negara, tetapi kini difahamkan jumlah anggotanya sudah melebihi 50 orang.
Individu yang kerap muncul bersuara mewakili G25 ialah Noor Farida Ariffin. Hanya kemudian, Tawfik turut kerap mengeluarkan kenyataan atau memberikan temubualnya kepada media atas atas nama G25.

Bagaimanapun, disebabkan beberapa pandangannya menimbulkan kontroversi umum, Tawfik difahamkan sudah dipeti-aiskan daripada bersuara menggunakan nama G25.

Sebab itu, sudah sekian lama kita tidak mendengar apa-apa kenyataan daripada mewakili G25.

Juga tidak diketahui sama ada Tawfik masih ahli UMNO atau tidak sekarang ini.

Kini, Tawfik muncul kembali menjadi perbualan berikutan tindakannya memfailkan saman terhadap Speaker Parlimen, Pandikar Amin Haji Mulia untuk menghalang Akta 355 daripada dibentangkan atas alasan ia bertentangan dengan Perlembagaan.

Hari ini beliau hadir sendiri ke Parlimen bersama peguamnya untuk menyampaikan notis tersebut kepada Speaker.

Esok adalah hari terakhir sidang Parlimen kali ini. Sama ada Hadi Awang berpeluang mengusulkan pindaan Akta 355 itu masih lagi 50-50 kerana kekangan masa berikutan ia hanyalah usul persendirian yang memerlukan usul kerajaan lebih didahulukan.

Sejak kerajaan membuat pusingan U daripada janji untuk mengambil alih usul tersebut kerana bantahan parti-parti komponen, sama ada Speaker memberi ruang kepada pembentangannya atau tidak, usul Hadi itu tetap menjadi tumpuan untuk melihat sama ada Ahli-Ahli Parlimen UMNO terus berani menyokong atau sebaliknya.

Mengapa Tawfik mengemukakan saman? Kenapa tidak individu atau NGO bukan Islam yang melakukannya?

Dengan adanya notis saman daripada Tawfik itu, kemungkinan besar usul Hadi sekali lagi akan terhalang daripada dibentangkan. 

Mengapa ketika Najib mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju mengambil alih usul itu sebelum ini, Tawfik tidak mengemukakan sebarang saman dan hanya setelah pindaan Akta 355 kembali kepada usul persendirian,  barulah beliau berbuat demikian?

Dalam hal ini, adakah saman Tawfik itu kerana usul Akta 355 benar-benar bercanggah dengan Perlembagaan atau bertujuan untuk menyelamatkan Najib?

Jika esok Speaker memutuskan Akta 355 tidak dapat dibentangkan kerana dianggap subjudis, bukankah Najib dan Ahli-Ahli Parlimen UMNO sudah terselamat daripada perhitungan menyokong atau tidak usul tersebut, malah Pandikar sendiri tidak perlu pening kepala lagi memikirkan sama ada mahu memberi laluan atau sebaliknya kepada usul itu?

Meskipun kerajaan sudah menarik balik daripada membawa usul itu, jangan lupa bahawa MCA, MIC dan Gerakan tetap dengan ugutan akan meletakkan jawatan dalam kerajaan jika pindaan Akta 355 diluluskan.

Maka, dengan adanya saman Tawfik, Akta 355  terus bernyawa sebagai  alat mainan politik untuk tempoh yang lebih lama, walaupun ia akhirnya  tidak dibentangkan di Parlimen.

Pas pun tidak boleh marah kepada Najib dan UMNO kerana yang menghalang Akta 355 bukan kerajaan atau Speaker, tetapi saman oleh Tawfik. (ShahbudinHusin 05/04/2017).

1 comments:

Aseph My said...

Salam persahabatan kami ucapkan kepada penghuni wabsite ini.. Perkenalkan nama kami Aseph sekarang kami berada di johor bahru (malaysia) kami hadir di wabsite ini semata-mata hanya ingin berbagi pengalaman kepada sahabat2 sekalian tentang permasalahan nomer TOGEL, Selama kami berada di malaysia jadi TKI kami udah 5 kali tertipu kepada orang yg mengaku dirinya pintar/bisa meramal nomer togel yg akan keluar/tembus tapi kenyataan apa? Kami malah hancur tertipu.. Singkat cerita, alhamdulillah kami udah bangkit dan kami udah punya usaha sendiri jual alat2 bangunan di surabaya berkat bantuan pak roengsugi. Kami sangat berterima kasih kepada pak roengsugi atas bantuan nomer togelNya yang beliau berikan kemaren, kini kehidupan kami sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ternyata apa yang di tulis oleh orang2 tentang pak roengsugi di internet itu semuanya benar benar terbukti, dan kami adalah salah satunya orang yang sudah membuktikannya sendiri,usaha yang dulunya bangkrut kini alhamdulillah sekarang sudah mulai bangkit lagi itu semua berkat bantuan beliau, kami tidak pernah menyangka kalau kami sudah bisa kembali sesukses ini dan kami sekeluarga tidak akan pernah melupakan kebaikan pak roengsugi, siapa tau ada sahabat2 yg ingin bangkit melalui kemenangan nomer togel mulai 2D/3D/4D/5D/6D/7D silahkan Call (+6285319483234)(085319483234) pak roengsugi... Bpk hanya melayani telpon dan orang yg sopan..!!



Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena