Thursday 6 April 2017

[Video Parlimen bergema "Takut! Takut!", Pandikar tangguh sidang] Islamkah macam ini? soal Khalid

Khamis, 6 April 2017

Tangguh sidang Dewan Rakyat: Islamkah macam ini? soal Khalid

 | ARIF ATAN| Foto WAN ZAHARI SALLEH
Ahli Parlimen Pakatan Harapan membantah tindakan speaker menangguhkan sidang.

Ahli Parlimen Pakatan Harapan membantah tindakan speaker menangguhkan sidang.
Tindakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berdegil tidak membenarkan usul persendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibahas mencetuskan bantahan pihak pembangkang.
Khalid Samad (Amanah-Shah Alam) bangkit mempersoalkan keputusan Speaker menangguhkan sesi kali ini tanpa memberi ruang kepada ahli parlimen Pakatan Harapan berbahas.
"Dewan Rakyat apa macam ni? Memang Pas dengan Umno sajalah (bahas) hari ini. Tak berani beri kita hujah.
"Islamkah macam ini. Islamkah macam ini? Tak beri kita berhujah," soal Khalid berulang kali diikuti sorakannya, 'Malu' yang turut diikuti beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan.
Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah juga sebelum itu memohon Speaker untuk membuka ruang perbahasan tetapi permintaannya tidak dihiraukan.
"Tan Sri (Speaker) beri peluang kepada kami (pembangkang) berbahas. Saya menghormati hak dan kuasa Tan Sri," rayunya berulang kali.
Speaker bagaimanapun berkata, ahli parlimen akan diberi peluang berbahas pada sesi akan datang yang dijadualkan berlangsung pada 24 Julai depan.    
"Saya sendiri guna kuasa saya kerana saya mengatur urusan mesyuarat. Ahli Berhormat akan dapat peluang bahas pada sesi akan datang. Tolong saya Yang Berhormat kerana saya telah membuat ketetapan," ujarnya.
Rafizi Ramli (PKR-Pandan) kemudiannya berdiri mendesak Speaker memberi ruang kepada pihak Pakatan Harapan untuk menyatakan sekurang-kurangnya satu pendirian.
"Adalah sangat tidak adil membenarkan satu hari mendengar hujah di sebelah pihak tanpa memberi peluang kepada menjawab," tegas Rafizi tetapi serentak kedengaran pekikan, "Shut up you!" daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau).
Rafizi yang juga Naib Presiden PKR itu selanjutnya menggesa, "Paling kurang mesti ada satu jawapan daripada Pakatan Harapan. Paling kurang."
Turut berulang kali berdiri memekik terhadap Ahli Parlimen Pakatan Harapan ialah Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) manakala Ahmad Marzuk Shaary (Pas-Bachok) sekadar mencelah, "Shah Alam kacau."

1 comments:

Aseph My said...

Salam persahabatan kami ucapkan kepada penghuni wabsite ini.. Perkenalkan nama kami Aseph sekarang kami berada di johor bahru (malaysia) kami hadir di wabsite ini semata-mata hanya ingin berbagi pengalaman kepada sahabat2 sekalian tentang permasalahan nomer TOGEL, Selama kami berada di malaysia jadi TKI kami udah 5 kali tertipu kepada orang yg mengaku dirinya pintar/bisa meramal nomer togel yg akan keluar/tembus tapi kenyataan apa? Kami malah hancur tertipu.. Singkat cerita, alhamdulillah kami udah bangkit dan kami udah punya usaha sendiri jual alat2 bangunan di surabaya berkat bantuan pak roengsugi. Kami sangat berterima kasih kepada pak roengsugi atas bantuan nomer togelNya yang beliau berikan kemaren, kini kehidupan kami sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ternyata apa yang di tulis oleh orang2 tentang pak roengsugi di internet itu semuanya benar benar terbukti, dan kami adalah salah satunya orang yang sudah membuktikannya sendiri,usaha yang dulunya bangkrut kini alhamdulillah sekarang sudah mulai bangkit lagi itu semua berkat bantuan beliau, kami tidak pernah menyangka kalau kami sudah bisa kembali sesukses ini dan kami sekeluarga tidak akan pernah melupakan kebaikan pak roengsugi, siapa tau ada sahabat2 yg ingin bangkit melalui kemenangan nomer togel mulai 2D/3D/4D/5D/6D/7D silahkan Call (+6285319483234)(085319483234) pak roengsugi... Bpk hanya melayani telpon dan orang yg sopan..!!



Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena