Sunday, 2 April 2017

[Video Maruah TENTERA Dijual Zahid & Najib Kepada CHINA] Sekali lagi Dr M menang bergaya.

Ahad, 2 April 2017

Sekali lagi Dr M menang bergaya, kata Zam


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mendapat kemenangan politik 'paling bermaruah dan bergaya' apabila debatnya dengan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz dibatalkan.
Bekas menteri penerangan Datuk Zainuddin Maidin berkata demikian bagi mengulas keputusan pihak polis menarik balik kebenaran terhadap program anjuran Sinar Harian di Shah Alam 7 April ini.
"Apapun alasan diberikan, pandangan rakyat pastilah kerajaan tak berkemampuan hadapi Tun Dr Mahathir," kata Zainuddin atau lebih popular dengan panggilan Zam di blognya hari ini.
Menurut Zam, rakyat masih ingat majlis dialog Nothing To Hide berkaitan 1MDB yang tidak dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kira-kira dua tahun lalu.
Akibatnya, kata Zam, penganjur program itu dikutuk.
"Apakah Nazri yang mahu menebus imejnya sebagai "Pondan Padang Rengas" akan menerima nasib yang sama. Beliau telah membuktikan kelakiannya dan tentunya rakyat yang diwakilinya tetap berbangga dengan keberaniannya," sindir Zam.
Semalam, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob, mengumumkan debat berkenaan dibatalkan -kurang 24 jam selepas pihak polis memberikan kebenaran.
Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff hari ini berkata, keputusan menarik balik kebenaran itu dibuat atas faktor keselamatan, berdasarkan 18 laporan polis diterima pihak berkuasa itu.
Sementara itu, Zam turut mengulas mengenai desakan Utusan Malaysia agar penasihat DAP, Lim Kit Siang dilantik menjadi pengerusi Pakatan Harapan.
Katanya, jelas desakan itu dibuat kerana Umno tidak mahu Mahathir mengetuai gabungan pembangkang.
"Jika Tun Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Harapan, dengan kewibawaan dan sejarah politiknya yang hebat akan dengan sendirinya menolak tohmahan Umno bahawa DAP hendak memperalatkan Melayu," kata Zam.
Beliau merujuk kepada tulisan Zulkifli Jalil dalam Mingguan Malaysia hari yang disifatkannya sebagai 'pengulas politik tersohor di abad ini'.
"Inilah sebenarnya kekhuatiran yang tersembunyi di sebalik wajah berani Najib dan ledakan peluru-peluru kapur Umno dari mariam-mariam katak Umno seperti (Datuk Seri) Salleh Said Keruak, (Datuk Seri) Mahdzir Khalid dan keturunan diraja negeri Kedah, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim," kata Zam.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena