Saturday, 10 February 2018

[Video Dibalunnye sampai BN tak boleh nok jawab doh & Hai cai Umno! Bandingkan Peduli Sihat Selangor dgn Klinik 1Malaysia Najib Umno] Sia-sia Najib serbu Pagoh...

Ahad, 11 Februari 2018


Foto Otai BERSIH.
Di manakah pilihan anda selaku Rakyat Malaysia..??

SIA-SIA NAJIB "SERBU" PAGOH


Perdana Menteri, Najib Razak hari ini "menyerbu"  Pagoh buat kali pertama sejak beliau memecat Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Julai 2016 yang lalu.

Dikhabarkan beribu-ribu orang menyambut beliau dan bersusun-susun pula bas dari seluruh pelusuk Johor turut digunakan untuk mengangkut orangramai ke Pagoh.

Ternampaklah ramai orang yang menyambut Najib dan seolah-olahnya beliau disokong dengan begitu padu sekali.

Mesej kedatangan Najib tidak lain ialah untuk menyeru pengundi Pagoh agar menolak Muhyiddin dalam pilihanraya akan datang. 

Muhyiddin disifatkan Najib sebagai pengkhianat Melayu kerana sekarang ini sudah berkawan dengan DAP untuk menumbangkan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.
Secara kebetulan sejak beberapa bulan kebelakangan ini saya beberapa kali telah berkunjung ke Muar atas sesuatu urusan dan sambil itu sempat juga bertanya serta berbual-bual dengan beberapa orang yang ditemui berkenaan perkembangan politik di situ.

Di Muar ada empat kawasan Parlimen di sekitarnya iaitu Pagoh, Bakri, Ledang, selain Muar sendiri.

Dalam perkembangan politik semasa setelah Muhyiddin dipecat dan kini menjadi Presiden Bersatu, Pagohlah yang paling menjadi sebutan ramai.

Pada PRU 13 lalu, Muhyiddin menang di Pagoh atas tiket BN menewaskan calon Pas dengan majoriti 12,842 undi.

Sebab itu Najib sanggup "menyerbu" Pagoh untuk memastikan kerusi itu dapat ditawan semula oleh BN.

Berdasarkan beberapa perbualan dalam kunjungan ke Muar itu, selain turut mendapatkan maklumat tambahan daripada beberapa kenalan yang berasal dari Pagoh, kedatangan dan "serbuan"  Najib ke kawasan itu boleh dikata sia-sia dan tidak akan mendatangkan hasil.

Tidak mudah untuk UMNO dan BN mengalahkan Muhyiddin yang pengaruhnya sudah agak lama dan berakar umbi di kawasan itu.

Muhyiddin dipecat hanya kerana membangkitkan isu skandal 1MDB dan sekarang Najib sendiri mengakui kegagalan serta kelemahan kerajaan dalam menguruskan syarikat pelaburan sarat hutang tersebut.

Jadi, sudah tentu pengundi Pagoh akan terus bersama Muhyiddin kerana beliau dilihat benar dalam tindakannya. Rata-rata orangramai yang ditemui juga melihat Muhyiddin lebih bermoral berbanding Najib.

Sebaliknya, mengundi BN hanya bermakna mengekalkan Najib dan bersetuju dengan segala salah laku dalam skandal 1MDB.\
Lagi pula, Pagoh dan Muhyiddin tidak banyak beza dengan Permatang Pauh dan Anwar Ibrahim atau Gua Musang dengan Tengku Razaleigh. Sebagaimana Anwar dan Ku Li terus disanjung dan diterima di kawasan mereka, begitu juga dengan Muhyiddin di Pagoh.

Percubaan mengalahkan Muhyiddin sehingga Najib sendiri sanggup turun padang di kubu musuhnya tidak membawa sinar apa-apa. Terlalu sukar, malah boleh dikata hampir mustahil untuk BN menang di Pagoh menewaskan Muhyiddin.

Janji pembangunan dan projek lampu jalan yang dicurahkan tidak akan menjadikan warna hitam bertukar putih di mata pengundi yang semakin celik.

Adalah lebih munasabah sebenarnya untuk Najib menumpukan lebih usaha kepada mengekalkan kemenangan BN di kerusi-kerusi marginal atau yang dimenangi dengan majoriti tipis seperti Muar (1,646 undi), Pasir Gudang (935 undi), Ledang (1,967 undi), Bera (2,143 undi), Balik Pulau (1,539 undi) Padang Rengas (2,230 undi), Bagan Serai (1,140 undi) dan puluhan kerusi Parlimen yang lain daripada memberi tumpuan kepada Pagoh.

Bahkan, akibat skandal 1MDB dan penolakan orang Johor terhadap Najib, ia bukan saja akan dibuktikan dengan Pagoh terus kekal dalam genggaman Muhyiddin, tetapi juga dengan paling mungkin beralihkan pentadbiran kerajaan negeri Johor daripada BN kepada Pakatan Harapan. (ShahbudinHusin 09/02/2018).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena