Monday, 12 February 2018

[Video PRU14: Perak Berada Dalam Tangan PH] Tindakan ala samseng halang ceramah PH di Johor petanda UMNO sudah mengelupur.

Isnin, 12 Februari 2018

Umno Johor semakin tergugat punca ceramah PH diganggu, dakwa DAP

Tindakan ala samseng halang ceramah PH di Johor petanda UMNO sudah mengelupur


Kenyataan balas Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Samad berhubung insiden kekecohan sebelum ceramah anjuran Pakatan Harapan samalam jelas menunjukkan kedudukan beliau semakin tergugat kata Naib Pengerusi Kebangsaan, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji.
Beliau mengulas kenyataan Shahrir yang dilapor berkata “masuk kampung perlu ada adabnya” merujuk kepada kekecohan dan tindak-tanduk ala-samseng sekumpulan penduduk dipercayai penyokong tegar UMNO – Barisan Nasional (BN) yang menggesa ceramah itu dibatalkan.
“Nampaknya Shahrir tergugat dengan kebangkitan Pakatan Harapan yang masih baru walhal beliau telah mewakili Parlimen tersebut selama enam penggal.
“Mungkin ini pilihan raya terakhir beliau dalam politik Johor,” kata Tengku Zul kepada Roketkini.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang itu berkata, kekecohan ala-samseng itu amat mengecewakan dan jelas menggugat hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.
“Kalau sebelum ini perkara semacam ini jarang kita dengar, sekarang ni nampaknya semakin menjadi-jadi – UMNO nampaknya makin tak senang duduk.
“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kata pilihan raya umum (PRU) di Malaysia telus, tak perlu pemantau luar dan sebagainya, sekarang sebelum pilihan raya pun pembangkang sudah diugut.
“Apapun, sebarang tindakan perlulah berlandaskan undang-undang.  Jadi, kita mohon pihak polis menyiasat insiden tersebut supaya tiada lagi sebarang provokasi atau ugutan kepada hak rakyat untuk bersuara,” katanya lagi. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena