Sunday 11 February 2018

[Video Rafizi~Tembusi 'Dah sampai Pekan Koboi' Karai..."LRT, ECRL & KR1M ade ke kat sisi, yang ada GST aje!"] PAS hanya ‘spoiler’, pengundi Seri Serdang sedia sokong Pakatan.

Isnin, 12 Februari 2018

Image result for Gambar Pekan karai

Image result for Gambar bendera pakatan harapan

PAS hanya ‘spoiler’, pengundi Seri Serdang sedia sokong Pakatan

PAS hanya ‘spoiler’, pengundi Seri Serdang sedia sokong Pakatan
Seri Serdang dimenangi PAS ketika bersama Pakatan Rakyat, tetapi penduduk ditemui semalam mengatakan parti Islam itu kini bukan lagi pilihan selepas memutuskan bertanding sendirian dalam PRU14 akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Februari, 2018.

PENDUDUK DUN Seri Serdang yang dimenangi PAS di Selangor rata-rata akan menolak parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan menganggap parti Islam itu sebagai "spoiler".
Sentimen tersebut mengambarkan kesukaran untuk PAS menawan Selangor dalam PRU14 walaupun parti itu menang besar dalam pilihan raya 2013.
Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang contohnya antara kerusi baru yang dimenangi PAS di Selangor apabila mereka menyertai Pakatan Rakyat (PR) bersama-sama DAP dan PKR.
Sentimen pengundi terhadap PAS di Seri Serdang hari ini bagaimanapun telah bertukar apabila parti Islam itu enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan mahu bertanding sendirian.
Abdul Said Mohd Nasir, berkata, tindakan kepimpinan PAS yang memutuskan tahalufsiyasi (kerjasama politik) dengan komponen PR menyebabkan sokongannya terhadap parti itu merosot.
"PAS tiada dalam PH, itulah...kalau PAS betul-betul boleh menang, tapi Presiden PAS Hadi Awang ini susah sikit, berbeza seperti Allahyarham Nik Aziz Nik Mat dulu," kata warga emas berusia 72 tahun itu kepada The Malaysian Insight.
Abdul Said ditemui The Malaysian Insight ketika ceramah perdana Selamatkan Malaysia anjuran PH di padang bola sepak Taman Seri Serdang malam tadi.
Dia turut melahirkan kekecewaan dengan Adun Seri Serdang dari PAS, Noor Hanim Ismail, yang menurutnya sukar dilihat turun padang.
"Wakil rakyat pun sekali sahaja datang ke sini, itu pun ketika merasmikan majlis budak berkhatan," katanya.
DUN Seri Serdang terletak dalam kawasan Parlimen Puchong yang dimenangi Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo selama dua penggal.
Dalam PRU13 lalu, Noor Hanim memenangi kerusi DUN Seri Serdang dengan majoriti 16,251 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Yusof Mohamed Yassin.
Pertandingan tiga penjuru dijangka berlaku di situ apabila PAS memutuskan untuk bertanding bertanding sekurang-kurangnya di 42 kerusi daripada 56 kerusi di DUN Selangor.
Selain Gobin, ceramah malam tadi turut dihadiri Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua, dan Naib Presiden Amanah Husam Musa serta kepimpinan PH Selangor.
Pengundi yang ditemui turut mengakui kemenangan PAS di kawasan itu berpunca daripada sokongan pengundi bukan Melayu yang menyokong PAS ketika itu.
Baharuddin Kusni, 48, berkata, sekiranya PAS bertanding sendirian, sukar untuk parti itu mengekalkan kemenangannya di kawasan tersebut.
"Saya dulu tegar PAS 100 peratus. Hala tuju PAS sudah tidak ada sekarang, kita kena ubah, dulu PAS menang atas tiket PR, cuba bertanding sendiri, mesti tak boleh menang," katanya.
Seorang suri rumah yang enggan dinamakan ketika ditemui turut mempersoalkan tujuan PAS bersikap mesra Umno dan meminggirkan PR.
"PAS ini cuma mengganggu...apa sebenarnya tujuan PAS ini, konon-konon 'fisabilillah'...PAS ini cuma menghalang semua pimpinan yang bertanding," katanya.
Seorang lagi pengundi, Ahmad Hezril Hashim, 44, berkata, tindakan PAS itu memudahkannya untuk menyokong PH kerana ia menunjukkan sikap sebenar PAS.
"Saya lebih kepada PH, saya lebih hormat DAP sebab bila bandingkan dengan PAS, DAP lebih baik.
"Mereka (PAS) dulu dalam PR, sekarang bila sudah keluar lagi jelas, senang saya nak buat keputusan, setiakawan PAS juga kurang," katanya, menggunakan contoh di kerusi DUN Kota Damansara apabila PAS turut meletakkan calon mereka walaupun kerusi itu ditandingi PKR sehingga menyebabkan kemenangan BN.
"Dulu yang kita nampak kerusi DUN Kota Damansara, pengundi jadi keliru sebab PAS dalam PR. 
"Kalau tengok rekod PAS bertanding bebas, mereka tidak akan dapat banyak kerusi di Selangor," katanya.
Presiden PAS Hadi Awang sebelum ini melahirkan hasrat PAS mahu merampas Selangor dalam PRU14.
Dalam PRU13, PAS dan DAP masing-masing menang 15 kerusi DUN Selangor, manakala PKR menang 14 kerusi ketika bersama dalam PR, manakala BN hanya memenangi 12 kerusi. – 12 Februari, 2018.
The Malaysian Insight

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena