Rafizi kena penjara, tapak projek NFC naik belukar.
PILIHANRAYA DAH DEKAT SANGAT KE?
Wah...tiba-tiba saja minyak turun harga!!
Turunnya banyak pulak tu!!
Dua hari menjelang sambutan Tahun Baru Cina, hari ini diumumkan harga petrol RON95 turun 10 sen, RON97 turun 11 sen dan diesel turun 12 sen.
Pada minggu lalu, harga RON95 naik 2 sen, manakala bagi RON97 dan diesel naik 3 sen.
Kenapa tiba-tiba minggu ini turun?
Ada kita dengar harga minyak dunia sedang menjunam?
Jika harga minyak dunia tidak turun, bagaimana harganya di negara kita boleh turun?
Adakah ini tanda-tanda pilihanraya sudah begitu dekat?
Adakah minggu depan dan minggu-munggu seterusnya, harga minyak akan akan diturunkan lagi?
Adakah penururan ini bertujuan menggembirakan serta mengambil hati pengundi-pengundi Cina serta rakyat yang lainnya?
Tetapi, adakah rakyat dan pengundi sedia beralih arah dan menyokong kerajaan kleptokrasi hanya dengan diberikan "gula-gula" penurunan harga minyak yang bersifat sementara ini?
Bagaimana dengan beban GST?
Bagaimana dengan skandal 1MDB, Felda, MARA, NFC, dan sekian banyak "pekung", "sopak" dan "kudis" lain yang ada dalam kerajaan sejak Najib Razak menjadi Perdana Menteri?
Sediakah kita, hanya kerana turunnya 10 sen harga minyak, memaafkan Najib dan memberinya mandat untuk terus berkuasa lagi yang bersamanya mungkin datang lebih banyak kesengsaraan baru buat kita semua? (ShahbudinHusin 14/02/2018).
0 comments:
Post a Comment