Thursday 7 March 2019

[Video APABILA ASKAR SIBER DIKETEPIKAN, Terimalah Akibatnya] Zaman UmnoBN perintah, MELAYU ZAMAN TU SPESIS LAIN ke? Alien kot! Kerajaan negeri Pulau Pinang kerajaan Zionis Yahudi? Jangan terganggu dengan retorik Umno-PAS.

Khamis, 7 Mac 2019
「Gambar alien」的圖片搜尋結果
Tiada penerangan foto disediakan.
ZAMAN BN PERINTAH...MELAYU ZAMAN TU SPESIS LAIN...ALIEN KOT...HAHA
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang berdiri
Otai BERSIH
Kerajaan negeri Pulau Pinang kerajaan Zionis Yahudi?
Sedikit fakta, Mengapa 22 penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Georgetown diarah pindah keluar hari ini (6 Mac 2019)
Antara sebab kenapa langkah ini diambil adalah kerana:
(1) 22 penyewa ini mempunyai tunggakan sewa sehingga RM15,000. Tidak bayar sejak bermula tinggal di PPR (1990). Walaupun sewa hanya RM100 sebulan. 13 penyewa mempunyai kereta lebih dari 2 buah, membuktikan mereka golongan yang mampu.
(2) 9 penyewa telah dikenal pasti punyai pertambahan pendapatan sehingga RM3000 sebulan dan melepasi paras dibenarkan untuk menyewa iaitu pendapatan RM1,500.
(3) 5 penyewa berkahwin dgn warga asing (Bangladesh & Indonesia). Melanggari syarat PPR iaitu untuk warganegara Malaysia saja.
(4) 8 Penyewa didapati mempunyai rumah sendiri, tetapi menyewakan kepada orrng lain
(5) 400 keluarga miskin terpaksa menunggu hampir 7 tahun untuk menyewa PPR ini.
Arahan pengosongan telah diberikan sejak Oktober tahun 2018 serta notis terakhir pada hari Jumaat lalu (1.3.2019)
Langkah tegas terhadap penduduk ini adalah pilihan terakhir yang terpaksa diambil oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kerana penduduk tetap berdegil dan tidak mahu mengosongkan premis.
Cuba tngok gmbar yg di atas tu...kenalkn sape yg jd pengarah drama ni...

Jangan terganggu dengan retorik Umno-PAS, kata Ambiga

Pakatan Harapan tidak seharusnya terganggu dengan retorik persefahaman Umno-PAS, kata bekas presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan.
Sebaliknya, kata beliau gabungan PH seharusnya menumpukan perhatian mereka terhadap mempromosikan agenda untuk menyatukan rakyat berbilang kaum, memupuk keharmonian dan memperkasakan ekonomi rakyat.
Menurut Ambiga, alasan di sebalik kerjasama PAS-Umno itu adalah untuk merampas semula kuasa.
"Perlembagaan tidak bermakna apa-apa kepada mereka," katanya dalam menjawap tweet daripada pembantu ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang dan peguam Syahredzan Johan.
Syahredzan mengingatkan mengenai kemungkinan wujudnya kerajaan esklusif Melayu-Islam pada masa akan datang.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Agung BN Nazri Abdul Aziz bahawa kerjasama formal antara Umno dan PAS bermakna berakhirnya semangat berbilang budaya BN, yang mana gabungan itu diasaskan.
Sebelum itu, dalam ciapan di Twitter lalu, Ambiga berkata beliau langsung tidak terkejut dengan persefahaman PAS-Umno itu.
"Bagaimanapun, ia hak mutlak mereka. PH harus memberi tumpuan menyatukan rakyat berbilang bangsa dan agama untuk membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi dan menjadikan negara ini mampu berdaya saing di peringkat global," katanya.
PAS dan Umno mengumumkan ‘persandingan’ mereka susualan kejayaan dalam dua pilihan raya kecil, iaitu di Cameron Highlands dan Semenyih, yang menyaksikan penyatuan orang Melayu menyokong calon BN.
Malaysiakini.

1 comments:

nick said...

Cyber trooper Ph bukan merajuk. Cyber trooper PH adalah golongan yang berjuang untuk kebenaran dan untuk kepentingan rakyat. Maka apabila ada tindak tanduk kerajaan PH yang bodoh, gopoh serta saja cari pasal, cyber trooper Ph tak akan lindungi dan tak akan pertahankan tindakan bodoh umpamanya seperti mengeluarkan kenyataan sombong bhw manifesto PRU bukan kitab suci ataupun tindakan dungu mungkir janji isu PTPTN malah tindakan gopoh, senang melatah seperti isu Tol dan harga minyak. Perlu diingat bahawa cybertrooper PH meletakkan kesetiaan kpd rakyat bukan kpd PH. Cybertrooper PH berjuang untuk rakyat dan negara bukan seperti macai dan walaun UMNOPAS yang bertuhankan duit.

Sekiranya tingkah laku dan tindakan yang dilakukan oleh Kjaan dan menteri PH adalah benar, lurus dan bermanafaat kpd rakyat, kami akan mempertahankan kamu bermati2 tapi bila kamu buat kerja bodoh seperti keras tak bertempat seperti larangan merokok yang terlalu gopoh,keras dan melulu yang akhirnya menyusahkan perniagaan, gagal bersimpati kepada golongan muda serta zalim kpd peminjam2 PTPTN, kamu akan kami biarkan dibalun oleh pembangkang. Next time, guna otak dan ingat asal usul kamu yang bermula dari pihak pembangkang yang berjuang demi kepentingan rakyat. Sekarang bila dah jadi kerajaan dah mula lupakan kepentingan dan kehendak rakyat? Yes, you can do taht but remember, we will bring you down because our first loyalty is to the RAKYAT, not to PH.

Ini adalah era ketuanan RAKYAT dan PH mesti sedar akan fakta itu, kerana sekarang ni kjaan PH dilihat sudah mula lupa diri. Perjalanan masih panjang, adakah kerana ghairah untuk cepat sampai ke destinasi kamu lupa dengan penumpang2 kamu yang lemah, yang miskin dan yang terpinggir, tertinggal disebabkan keghairahan kamu untuk menjulang diri kamu sebagai menteri yang membawa perubahan? That one is for you Dr Zul and to other menteri who is unable to sift through stupid advise and moronic ideas!

Nick.
cape Tiger.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena