Sunday 3 March 2019

[Video Kita terima keputusan dengan hati terbuka] Ade ke nampak kelibat Rosmah? Ini kampung kami Rantau - PH pilih kalah jika Streram jadi calon! TUN, LUPAKANLAH SAJA usaha mahu kejar majoriti dua pertiga!

Ahad, 3 Mac 2019
Tiada penerangan foto disediakan.
Penduduk Semenyih nak tanya ni ada ke nampak kelibat Rosmah bini Bossku di Semenyih hari ni?
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan teks
Otai BERSIH

ORANG RANTAU BERANI MENYATAKAN HAK sebab ini kampung kami...
monang ko..kalah ko..KAMI YG MENGHADAP BN tiap2 hari....Tahniah semua kerana berani menyatakan yang benar...
Am proud of you..
PAS RM90 Million Scandal - Hadi Awang - Anwar Ibrahim, Mahathir Mohamad and Clare Rewcastle Brown

TUN, LUPAKANLAH SAJA USAHA MAHU KEJAR MAJORITI DUA PERTIGA!

Ketika berkempen di Semenyih pada 28 Februari lalu, Tun Mahathir Mohamad menegaskan, PH memerlukan majoriti dua pertiga untuk menunaikan sebahagian janji-janjinya kepada rakyat.
Katanya, apabila majoriti dua pertiga sudah diperolehi, ia akan memudahkan kerajaan meminda beberapa fasal dalam perlembagaan negara.
“Tetapi pindaan itu bukanlah untuk membuang Raja-Raja. Yang itu akan kekal,” jelas beliau.
Menurut Tun Mahathir, antara pindaan perlembagaan yang dicadang untuk dilakukan kerajaan ialah menurunkan had umur pengundi daripada 21 kepada 18 tahun serta menetapkan tempoh seseorang memegang jawatan Perdana Menteri hanya selama dua penggal saja, selain mengurangkan kuasanya.
Bagaimanapun, apa yang nyata daripada keghairahan Tun Mahathir mahu mengejar majoriti dua pertiga itu ialah menampakkan kenginannya untuk menarik lebih ramai Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu.
Malah, tidak keterlaluan kalau dikatakan itulah sebenarnya tujuan dan keinginan beliau di sebalik dalih majoriti dua pertiga itu.
Dalam erti kata yang mudah, majoriti dua pertiga itu bukanlah sangat untuk meminda perlembagaan negara bagi memenuhi janji pilihanraya kepada rakyat, tetapi lebih bertujuan menambah bilangan Ahli Parlimen dalam Bersatu demi mengukuhkan lagi kedudukannya.
Berdasarkan keputusan PRK Semenyih, meminda perlembagaan berkaitan had umur pengundi dan menetapkan tempoh Perdana Menteri memegang jawatan bukanlah sesuatu yang penting dan dikehendaki rakyat.
Rakyat lebih berharap kerajaan menunaikan janji yang tidak memerlukan pindaan perlembagaan seperti memansuhkan tol, menurunkan kos sara hidup, PTPTN, melunaskan hutang peneroka Felda dan seumpamanya.
Kegagalan menunaikan janji-janji itulah yang menyebabkan rakyat bangun menolak PH sekarang ini hanya selepas sembilan bulan mereka memberikannya kuasa sejak 9 Mei 2018 lalu.
Lagi pula, jika kerajaan mahu menurunkan had pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, rasanya semua parti pembangkang sedia memberi sokongan dalam pengundian di Parlimen nanti kerana ia juga bermanfaat untuk mereka.
Untuk itu, apa perlunya PH ada majoriti dua pertiga sebagai kerajaan?
Begitu juga berkaitan tempoh memegang jawatan Perdana Menteri, perkara itu bukanlah sesuatu yang terlalu penting dan mendesak dalam waktu terdekat ini.
Ini kerana sebagaimana yang semua sedia maklum, Tun Mahathir sudah pun menjangkau usia 94 tahun, manakala bakal penggantinya yang telah dipersetujui iaitu Anwar Ibahim telah melebihi umur 72 tahun.
Bermakna, selain Tun Mahathir telah dipersetujui hanya menjadi Perdana Menteri sekitar dua tahun saja, Anwar pula terlihat sukar mampu memegang jawatan itu melebihi dua penggal.
Jadi, apa yang sibuk sangat nak mengejar majoriti dua pertiga bagi meminda perlembagaan dan menetapkan tempoh dua penggal Perdana Menteri memegang jawatan itu?
Jika Tun Mahathir benar-benar jujur dan ikhlas mahu memberi keselesaan kepada rakyat dengan berusaha semampu boleh menunaikan janji-janji pilihanraya tanpa ada udang terselindung di sebalik mee, beliau wajar melupakan saja usaha mahu menarik kemasukan Ahli-Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu dengan tujuan agar kerajaan ada majoriti dua pertiga itu.
Yang jauh lebih penting, tunaikanlah terlebih dahulu janji-janji lain yang langsung tiada kena kaitan dengan pindaan perlembagaan negara.
Menunaikan janji berkaitan perut dan keselesaan hidup rakyat adalah lebih bermakna daripada meminda perlembagaan negara yang manfaatnya tidak dirasai apa-apa oleh mereka. (ShahbudinHusin 03/03/2019)

1 comments:

Dr said...

Setuju dgn pandangan penulis.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena