Saturday 9 March 2019

[Video Lebih 300 wanita berarak tuntut lindungi hak] Hina Nabi 'Kena Dakwa' Zaman BN & Era PH! Mujahid: Pertahan LGBT di himpunan Hari Wanita salah guna demokrasi & Hanipa Maidin: Pesalah hina Islam boleh rayu hukuman 10 tahun penjara.

Sabtu, 9 Mac 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Apakah yang mereka mahukan.? Di mata mereka semuanya salah walhal jika diimbau semula sudah banyak penambahbaikan dilakukan.
Kenapa dulu tidak seperti sekarang..adakah dahulu mereka tidak wujud.?
Jika ikhlas kerana agama jadilah penganut yang baik kerana agama bukan penganut kepada parti politik sempit.

Pertahan LGBT di himpunan Hari Wanita salah guna demokrasi - Mujahid

Menteri Hal Ehwal Islam Mujahid Yusof Rawa menzahirkan rasa terkejut kerana perarakan sambutan Hari Wanita di Kuala Lumpur hari ini digunakan untuk mempertahankan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Katanya, ini merupakan salah guna ruang demokrasi.
"Saya amat terkejut dengan tindakan segelintir pihak pada hari ini yang menyalahgunakan ruang demokrasi untuk mempertahankan perkara yang salah disisi agama Islam.
"Seperti yang pernah saya maklumkan sebelum ini, kerajaan amat tegas bahawa amalan LGBT tidak akan diterima sama sekali di negara ini. Mana mungkin, kita mengiktiraf suatu perbuatan yang salah disisi undang-undang," katanya pada hantaran di Facebook hari ini.
Lebih 300 orang berhimpun di ibu kota Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Wanita hari ini, termasuklah komuniti LGBT dan penyokongnya.
Himpunan itu memfokuskan pada lima tuntutan, iaitu menggesa supaya keganasan berdasarkan gender dan orientasi seksual dihentikan; melarang semua perkahwinan kanak-kanak; menjamin hak-hak wanita terhadap diri dan kehidupan mereka; memastikan gaji minima RM1,800 dan menghapuskan patriaki (ketuanan lelaki) dalam masyarakat.
Walaupun terdapat laungan, "jangan kacau LGBT" dan "hidup LGBT" ketika demontrasi, ucapan yang dibuat berkisar seputar lima tuntutan tersebut.
Sementara itu, pihak polis memaklumkan penganjur perhimpunan tidak ada permit. Justeru, Mujahid berkata beliau menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil tindakan.
"Berhubung himpunan pada pagi tadi, saya serahkan kepada Kementerian Dalam Negeri yang mempunyai kuasa perundangan untuk bertindak dan mengambil tindakan tegas," jelasnya

Pesalah hina Islam boleh rayu hukuman 10 tahun penjara - Timb menteri

Seorang lelaki yang dijatuhkan hukuman sepuluh tahun penjara kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW boleh merayu sabitan kesalahannya itu, maklum Timbalan Menteri Undang-undang Hanipa Maidin.
"Pesalah yang disabitkan hukuman itu boleh merayu pemenjaraannya jika dia merasakan keputusan tersebut sebagai keterlaluan," kata Hanipa kepada Malaysiakini.
Beliau berkata memandangkan kes itu diputuskan di Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak, pesalah boleh merayu sabitannya di mahkamah tinggi dan permohonan akhirnya di Mahkamah Rayuan.
Terdahulu hari ini Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun memaklumkan mengenai sabitan hukuman berkenaan.
Malaysiakini.

1 comments:

Unknown said...

Kabar Gembira Buat Para Pecinta Sepak Bola Dimanapun Kalian Berada
Ayo Dukung Tim Favoritmu Dan Pasang Taruhanmu Sekarang
Bolavita Bandar Sportsbook Terbesar Di Indonesia
Nikmati Bonus Berlimpah Setiap Hari

Mari Kunjungin Segera Website kami :
www(titik)bolavita(titik)vip
www(titik)sateayam(titik)club
www(titik)pokervita(titik)live

Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
Live Chat Online 24 JAM NONSTOP !!!
WA : +628122222995
Pin BBM : BOLAVITA / D8C363CA (NEW)

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena