Friday 1 March 2019

[Video Saya tak bersetuju] SIAPA YANG TOLONG BAYARKAN RM1.4 juta? Rameli Musa (Naib Pengerusi Ingress Corp Bhd) dilantik terajui KTMB?

Jumaat, 1 Mac 2019
KiniTV
Timbalan Presiden PK Datuk Seri Azmin Ali berkata beliau tidak bersetuju dengan kajian Ilham Centre yang mendakwa bahawa BN akan menang dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Semenyih. Menurut Azmin, beliau yakin dan optimistik dengan prestasi Pakatan Harapan (PH) Selangor untuk mengekalkan kerusi DUN Semenyih. Ilham Center telah meramalkan bahawa BN akan menawan semula kerusi DUN Semenyih pada pilihan raya kecil esok. BN telah menguasai kerusi itu sejak tahun 1959 sehingga pilihan raya umum yang lalu. Ilham centre berkata satu-satunya jalan bagi PH untuk mengekalkan kerusi itu ialah jika mempunyai "formula ajaib" - tahap sokongan yang sama dan pemilihan yang tinggi - dilihat semasa pilihan raya umum yang lalu dapat dikekalkan. Apabila ditanya sama ada Harapan masih mempunyai 'formula ajaib', Azmin berkata PH tidak memerlukan keajaiban kerana telah bekerja keras dalam sepuluh tahun yang lalu selepas memenangi kuasa di Selangor.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks
Dan org Ni la yg rafizi Cakap pemilik ekaun tu.. ya betoi.. ekaun tu wujud...
Otai BERSIH/Hafis Rosli
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum

Rameli dilantik terajui KTMB

Isnin, 4 Februari 2019 
KUALA LUMPUR: Datuk Dr Rameli Musa, Naib Pengerusi Ingress Corp Bhd dilantik sebagai Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).
Difahamkan, Rameli yang sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Balfour Beatty Rail (BBRail) Sdn Bhd menerima surat lantikan daripada Menteri Pengangkutan (MoT) minggu lalu.
Beliau menggantikan Datuk Nawawi Ahmad yang mengumumkan pengundurannya sebagai pengerusi pada Julai 2018, selepas Barisan Nasional kalah pada pilihan raya umum pada Mei lalu.
Kontrak Rameli dipercayai selama tiga tahun berkuat kuasa 1 Februari 2019. Beliau yang turut menyertai beberapa syarikat swasta lain, tidak dapat dihubungi untuk butiran lanjut.
Sumber industri menyatakan bahawa pegawai tertinggi MoT cuba untuk mendapatkan Rameli untuk menerima tawaran itu serta memimpin syarikat kereta api negara berkenaan ke tahap lebih tinggi selepas Nawawi meletak jawatan.
“Rameli adalah calon yang tepat, dia mempunyai pengetahuan dan kepakaran mengenai perihal kereta api menerusi BBRail, dia memegang banyak jawatan dan pastinya pilihan tepat untuk KTMB. Saya percaya dia akan menghabiskan tiga hingga enam bulan pertama untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan belajar mengenai KTMB,” menurut sumber itu.
Sebelum ini, Ingress memiliki 51 peratus saham BBRail, yang terbabit dalam beberapa projek kereta api seperti trek berkembar Lembah Klang, trek berkembar Rawang-Ipoh dan trek berkembar Utara.
Pada 2011, BBRail memperoleh kontrak RM1 bilion bagi melaksanakan pakej sistem kereta api untuk trek berkembar Ipoh-Padang Besar.
Rameli, yang memiliki Sarjana Muda Kejuruteraan Telekomunikasi dan Sarjana Komunikasi Gelombang Mikro, kedua-duanya dari University of Sheffield, United Kingdom, bermula sebagai pensyarah Universiti Teknologi Malaysia pada 1972.
Ketika ini, Rameli juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Maju Nusa Sdn Bhd dan Pengarah Eksekutif Ingress Industrial (Thailand) Public Company Ltd.
BN Online.

1 comments:

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Simple sahaja perkara ini lantikan Rameli kerana kerajaan PH tidak menilai dari segi fahaman politik tapi dari latar belakang dan pengalaman beliau. Kena difahami juga bayaran dibuat kepada peguam oleh Rameli mengguna cek peribadinya bukan salahguna kewangan GLC. Pembuktian penerimaan bayaran juga sudah sahkan oleh peguam yang menerima. Bayaran juga sudah sahkan untuk pembayaran kepada Clare oleh TG Hj Hadi. Jadi bagi mengelakkan sindrom penafian berterusan adalah baik TG Hj Hadi buat kenyataan dan jika fitnah laporkan kepada polis, mungkin orabg menfitnah itu boleh didakwa atas BAFIA atau akta2 lain yang bersuaian. Kalau tidak saman sahaja dan pastikan menang jangan tarik balik. .

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena