Wednesday 3 April 2019

[Video Hari pertama perbicaraan, Najib mohon tangguh kes lagi] LANGSUNG: Hari pertama perbicaraan Najib tamat & Akan disambung pada 15 April.

Rabu, 3 April 2019


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

LANGSUNG: Hari pertama perbicaraan Najib tamat

 Pendengaran jenayah terhadap bekas perdana menteri Najib Abdul Razak dalam kes berkaitan SRC International Sdn Bhd dijadual bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 2 petang ini.
Najib berdepan perbicaraan untuk tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dana RM42 juta SRC.
SRC ialah bekas anak syarikat syarikat pelaburan negara sarat hutang 1MDB.
Ahli politik 65 tahun itu sebelum itu turut menjadi menteri kewangan dan penasihat emeritus SRC.
Beliau turut berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram lebih RM42 kita.
Kes itu akan dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Perbicaraan dijadual berlangsung awal petang ini dengan Peguan Negara Tommy Thomas dijangka menyampaikan kenyataan pembukaan.
Najib akan diwakili pasukan pembelaan diketuai peguam jenayah terkemuka Muhammad Shafee Abdullah.
Malaysiakini membawakan laporan langsung dari kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.




Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 juta

Najib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB
LANGSUNG
Hari pertama perbicaraan Najib tamat, akan disambung pada 15 April
5.36pm - Hari pertama perbicaraan Najib menutup tirai. Hakim Nazlan menetapkan 15 April hingga 10 Mei untuk perbicaraan disambung semula.
Jelas hakim, keutamaan perlu diberikan kerana mengambil kira minat orang ramai berhubung kes ini.
4.44pm
Peguam bela Najib, Harvinderjit Singh memulakan soal balas ke atas saksi pertama pendakwaan selepas timbalan pendakwa raya Manoj Kurup selesai menyerahkan dokumen kepada mahkamah dan meminta Akmaludin mengesahkan rekod asal SSM yang diserahkan.
Harvinder memulakan soal balas dengan bertanya Akmaludin untuk mendapatkan senarai dokumen dalam rekod SSM berkaitan SRC dan syarikat bernama Yayasan Rakyat 1Malaysia.
"Untuk syarikat ini, saya perlukan carian syarikat dan semua maklumat berhubung semua pengarah pernah dilantik sejak ia diperbadankan sehingga hari ini," katanya.
Harvinderjit kemudian menyoal Akmaludin berhubung pengetahuannya tentang penyerahan dokumen syarikat kepada SSM.
4.20pm:
Clare Rewcastle-Brown meninggalkan kawasan mahkamah dan memberitahu media dia akan terus memantau perbicaraan ini dari jauh dan akan datang ke mahkamah untuk pendengaran.
Jelas Clare, dia dapat masuk ke bilik tayangan video untuk menyaksikan perbicaraan berkenaan dan mendapati ia menarik.
"Gembira apabila melihat perbicaraan itu akhirnya diteruskan dan saya tahu ada ramai orang yang sangat gelisah akan terjejas dengan perkembangan ini, yang tertanya jika perbicaraan ini akan diteruskan.
"Sekarang kita melihat ia diteruskan. Kita sedia melihat keadilan dilakukan dengan perbicaraan yang wajar," kata Clare.
Clare juga memaklumkan bahawa dia akan terus menumpukan usahanya berhubung isu penjarahan hutan yang kini berlaku di Borneo.
Selepas Clare meninggalkan mahkamah, seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai "Sofian Putra" memimpin sekumpulan kecil penyokong Najib melaungkan slogan "Allahuakbar Takbir" dan "Tolak Media Asing".
Mereka kemudian dihentikan oleh beberapa anggota polis yang meminta mereka tidak berbuat bising di mahkamah.
Ketika dihampiri, Sofian Putra memberitahu pemberita bahawa dia berpendapat media asing tidak dialu-alukan kerana menyebabkan "orang Melayu bergaduh dengan orang Melayu", selain mendakwa media asing sebagai "penipu".
3.24pm: Pihak pendakwaan memanggil saksi pertama, Muhamad Akmaludin Abdullah. Individu 35 tahun itu bertugas sebagai penolong pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Mohd Akmaludin memberitahu dia menerima permohonan SPRM untuk menyemak rekod tiga buah syarikat, iaitu SRC International, Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana.
Dia mendedahkan butiran syarikat berkenaan kepada mahkamah.
3.15pm: Dalam ucapan pembukaannya, Thomas memperincikan insiden yang Najib didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram.
Ia melibatkan transaksi melibatkan akaun Ambank beliau dan pemindahan Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS).
Butik Chanel di Honolulu
Thomas juga berkata mereka juga akan membuktikan bahawa pada Disember 2014, kad kredit telah dicaj AS$130,625 untuk perbelanjaan kedai fesyen eksklusif Chanel di Honolulu, Amerika Syarikat (AS).
Katanya cek peribadi juga dikeluarkan untuk, antaranya, kerja-kerja pengubahsuaian rumahnya di Kuala Lumpur dan Pekan Pahang, serta cek untuk parti-parti komponen BN.
Thommy Thomas
2.50pm: Thomas berhujah, pasukan pembelaan mempunyai masa cukup untuk mencabar pertuduhan terhadap Najib.
Katanya tiada sebab untuk usul supaya pertuduhan dibuat di saat-saat akhir.
Thomas menyifatkan tindakan pembelaan membawa perkara itu sekarang sebagai “menghina kebijaksanaan”:
“Mereka ada berbulan-bulan untuk buat perkara ini,” katanya.
Peguam pembelaan Harvinderjit Singh dan Yusof kemudian berhujah kenapa perbicaraan patut ditangguhkan.
Hakim memutuskan akan akan menetapkan satu tarikh lain untuk mendengar permohonan pasukan pembelaan pagi tadi.
Nazlan mengarahkan perbicaraan bermula.
2.30pm: Sekumpulan wanita Melayu berbaju merah biru yang berkumpul di kompleks mahkamah melaungkan perkataan “Bossku” berkali-kali.
Memperkenalkan diri mereka sebagai “orang Pekan”, mereka percaya Najib tidak bersalah dan “tahu dia (Najib) orang macam mana”.
2.10pm: Prosiding bermula dengan peguam negara memperkenalkan barisan pasukan pendakwaan dan pembelaan.
Beliau memberitahu hakim bahawa pihak pendakwaan sudah bersedia dengan kenyataan pembukaan mereka.
Bagaimanapun, pasukan pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa mereka telah memfailkan sijil perakuan segera pagi ini dan memohon mahkamah mempertimbang untuk menangguhkan pendengaran.
Muhammad Shafee memberitahu mahkamah bahawa pasukan pembelaan akan mencabar kesahan pertuduhan terhadap Najib.
Yusof Zainal Abiden akan membentangkan kenapa tindakan itu perlu dibuat sebelum perbicaraan berlangsung.
Thomas berkata pihaknya tiada bantahan.
Sementara itu, Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown turut hadir mengikuti perbicaraan.
Beliau berharap menjadi antara orang pertama melihat bagaimanapun pihak pendakwaan membawa kes itu.
2.07pm: Najib memasuki kandang tertuduh.
Tommy Thomas dan Muhammad Shafee Abdullah masing-masing telah mengambil tempat.
2.00pm: Penyokong kuat Najib, Lokman Noor turut hadir memberi sokongan pada Najib,
Anggota Majlis Tertinggi Umno itu memberitahu pemberita bahawa pertuduhan terhadap Najib sebagai “pertuduhan terpilih”.

1.55pm: Ditemanani anaknya Ashman dan beberapa pembantu, Najib melangkah masuk ke dalam mahkamah.
Beliau berpakaian rasmi dengan dasi dan tali leher gelap dan kelihatan tenang.
1.45pm: Luar mahkamah: Peguam negara masuk ke bilik mahkamah nombor tiga.
Tommy Thomas mengetuai pasukan 12 pendakwa raya.
Mereka ialah Sulaiman Abdullah, V Sithambaram, Manoj Kurup, Ishak Mohd Yusof, Donald Joseph Franklin, Suhaimi Ibrahim, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Budiman Lutfi Mohamed, Mohd Ashraf Adrin Kamaril dan Muhammad Izzat Fauzan.
Di sebelah Najib, terdapat peguam baru dalam pasukan itu, iaitu bekas peguam cara negara Yusof Zainal Abiden.
Mohd Yusof pernah menjadi peguam Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam perbicaraan kes Liwat II.
Anggota lain pasukan pembelaan ialah: Harvinderjit Singh, Kamarul Hisham Kamaruddin, Farhan Read, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Rahmat Hazlan, Muhammad Farhan Shafee, Tiara Katrina Fuad, Nur Syahirah Hanapiah, dan Zahria Elena Redza.
Petugas media juga telah bersedia.
1.25pm: Luar mahkamah – Sekumpulan penyokong Najib sudah berkumpul di luar mahkamah.
Malaysiakini.

1 comments:

nick said...

Badut2 UMNO dok melalak kononnya media asing dok memfitnah dan menyebabkan orang melayu bergaduh sesama sendiri padahal akhbar2 milik UMNO dan PAS yang banyak dok kuar fitnah dan adu domba permusuhan kaum dan agama. Melayu UMNO dan PAS yang buat taik, balik2 orang asing yang kena tuduh. Melayu UMNO yang balun duit tabung haji, Dap yang kena fitnah. Melayu2 badut ni memang bodoh karat. Tak payah lah dok sibuk melaungkan slogan hidup melayu dan Islam sebab puak2 melayu UMNO dan PAS ni yang dok merosakkan melayu dan Islam.

Nick.
Cape Tiger.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena