Jom Channel
Pada 27 Mac lepas, panel tujuh hakim diketuai Ketua Hakim Negara Richard Malanjum mengetepikan perintah penangguhan oleh Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan penangguhan difailkan Najib pada 8 Feb lepas.
Mahkamah kemudian menetapkan 5 April untuk pengurusan kes bagi mendapatkan pengesahan sama ada perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd akan dijalankan pada 15 April ini.
TS
Sembunyikan kerugian LTH sebanyak RM4.1 bilion kerana nak menunjukkan pengurusan nampaknya cantik.. 2 orang agamawan ni tertipu, atau ditipu dengan mamak Baling..
Tabung Haji - Pegar yang tak boleh diharapkan...
1. ' Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi ' - itulah yang berlaku di Tabung Haji atau TH. 2. Sejarah penubuhan TH ini bermula 2 tahun selepas Merdeka.
3. Pada tahun 1959 Profesor DiRaja Ungku Aziz Ungku Hamid dari Universiti Malaya telah mengemukakan satu kertas kerja bertajuk 'Rancangan Membaiki Keadaan Ekonomi Bakal - Bakal Haji’.
4. Tujuannya bagi meyakinkan Umat Islam mengerjakan Fardhu Haji bebas dari riba atau faedah bank.
5. Melalui kertas kerja itu beliau telah mencadangkan penubuhan satu badan bagi mengendalikan urusan haji.
6. Bertolak dari cadangan itu maka sebuah perbadanan yang diberi nama 'Perbadanan Wang Simpanan Bakal - Bakal Haji' ditubuhkan.
7. Pada tahun 1969 atas cadangan Tun Abdul Razak Perbadanan tersebut digabungkan dengan Jabatan Hal Ehwal Haji dan namanya bertukar menjadi Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau LUTH.
Jabatan Audit Negara menunjukkan ada defisit sebanyak 4.1 bilion. salah satu sebab adanya defisit ialah sebab memberi hibah (dividen). PwC dipanggil untuk buat laporan dan dapati pemberian hibah tu melanggar Akta Tabung Haji
8. Mulai 1995 sehingga kini LUTH dikenali sebagai Tabung Haji atau TH. 9. Kini jumlah pencarum mencecah kira - kira 9 juta orang.
10. Dengan jumlah caruman yang begitu besar yang berjaya dikumpulkan, berbagai - bagai pelaburan dilakukan; dari peladangan ke hotel, hartanah, bidang teknologi dan dari dalam negeri hinggalah ke luar negara.
11. Kejayaan TH menjadi kebanggaan Umat Islam / Melayu dan menjadi contoh kepada negara - negara Islam seluruh dunia.
12. Namun disebalik kebanggaan tersebut kita juga dikejutkan dan digemparkan dengan beberapa penipuan dan rompakan yang dilakukan oleh mereka yang telah diberi amanah menjaga dengan baik wang pencarum tersebut.
13. Dari Pengerusi dan Lembaga Pengarah ke Pegawai - Pegawai dan kakitangan, dari budak pejabat ke pemandu kereta, dari yang berjanggut dan berkopiah sehinggalah kepada yang berhijab , SEMUAnya Melayu yang beragama Islam yang bekerja di TH.
14. Tidak kedengaran penipuan dan rompakan besar - besaran berlaku di era Tun Razak, Perdana Menteri ke 2 namun ia berlaku semasa Najib, Perdana Menteri ke 6 yang kebetulan anak Tun Razak sendiri.
Ada pula perbezaan antara media statement dan audited financial accounts. Angka-angka diubah supaya nampak sedap di mata rakyat.
15. Kerosakan besar - besaran ini berlaku apabila Najib melantik Azeez Rahim, Ahli Parlimen Baling, Kedah sebagai Pengerusi TH yang baru. 16. Sebagai Ketua Putra UMNO Malaysia, Azeez telah berjaya memikat kepercayaan Rosmah dan Najib.
17. Walaupun pernah bertugas sebagai budak tarik kereta dan sebagai tukang kebun tapi oleh kerana ' loyalty' mengatasi yang lain, maka beliau telah diberi peluang menjadi Wakil Rakyat dan Pengerusi TH.
18. Bagi membuktikan ketaatan atau loyaltynya , Azeez akan patuh dan laksanakan apa sahaja yang diarah oleh Rosmah dan Najib termasuklah melibatkan wang caruman TH membeli sebidang tanah di Tun Razak Exchange atau TRX bagi membantu 1MDB membayar faedah.
19. Menjelang Pilihanraya Umum yang lepas, bagi membantu Najib, beliau dengan persetujuan Lembaga Pengarah dan dengan bantuan beberapa orang Pegawai tertentu telah memanipulasi akaun TH bagi memberi pulangan atau dividen tinggi kepada 9 juta orang pencarum dengan kepercayaan mereka akan menyokong UMNO / BN. Perbuatan itu sebenarnya bertentangan dengan undang - undang.
20. Seperti pemimpin - pemimpin UMNO yang lain kini Azeez Rahim atau lebih dikenali dengan panggilan Azeez Mamak sedang menunggu giliran untuk dibicarakan.
21. Diharap Lembaga Pengarah TH yang baru yang telah dilantik oleh Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri TIDAK akan mengulangi pengkhianatan terhadap 9 juta pencarum seperti yang dilakukan sebelum ini.
Lagi best, hangpa tengoklah duit Tabung Haji dilaburkan kat mana. Pelaburan yang last sekali tu patut diberi perhatian yang serious, tapi macai, pak lebai dan walaun2 buat2 tak nampak...
22. Bagi menjernihkan keadaan dan membersihkan nama baik Lembaga Pengarah baru ini, adalah lebih baik satu siasatan terbuka atau Royal Commission of Inquiry ( RCI ) diwujudkan.
23. RCI ini juga HARUS membetul dan mencadangkan perkara - perkara yang perlu dilaksanakan seperti tangga gaji, faedah - faedah tertentu seperti elaun pemindahan seseorang pegawai dari badan induk iaitu TH kepada mana - mana anak syarikat.
24. RCI juga harus maklumkan secara jelas tentang penjualan aset - aset TH kepada SPV ( Special Purpose Vehicle ) - syarat dan keuntungan kepada TH dan apa perlunya penjualan tersebut dilakukan; begitu juga pencarum ingin tahu apa perlu TH membeli 2 buah hotel di London dan apakah benar berlaku unsur-unsur penipuan dan penyelewengan.
25. Pencarum juga BERHAK mengetahui secara terperinci segala pelaburan TH dan anak-anak syarikatnya, sama ada untung atau rugi; ini termasuk ladang-ladang kelapa sawit dan syarikat berkaitan carigali minyak.
26. Tidak boleh disamakan TH dengan syarikat Tenaga Nasional dan Bank Negara yang memberi gaji dan beberapa faedah lain seperti kesihatan WALAUPUN seseorang itu sudah lama bersara.
27. Dana TH adalah sumbangan pencarum semata-mata yang kemudiannya dilaburkan, justeru segala bentuk kemudahan dan keuntungan perlu dipulangkan kepada pencarum, BUKAN untuk diguna sakan oleh mereka di TH dan anak-anak syarikatnya.
28. Kepada Menteri, Ahli Lembaga Pengarah, Pegawai dan semua kakitangan TH, lakukan yang terbaik kerana kedudukan dan jawatan yang di pegang adalah AMANAH yang pasti akan disoal di Akhirat kelak. - Tamrin Tun Ghafar
0 comments:
Post a Comment