Tuesday 9 April 2019

[Video Isu Felda dan Tabung Haji, sekarang kamu tahu apa jawapannya] Sila, TMJ jawab amaran Dr M & Kalau nak sgt.., masuklah gelanggang politik, sampai bila hanya berani post di twiter..?

Rabu, 10 April 2019
KiniTV
Lim Guan Eng memberitahu peruntukan kerajaan 17.8 billion ringgit sepanjang 10 tahun yang lepas. Dia kata persoalan ini yang harus ditanya bagaimana Tabung Haji kerugian yang banyak Malaysia mempunyai dana simpanan yang banyak tetapi Kerajaan yang lalu telah mengakibatkan banyak kerugian, dan atas sebab itu banyak potongan kos untuk projek MRT 2 dan LRT3. "Dia (Pembangkang) kata jimat duit pergi mana, sekarang kamu tahu jawapannya" kata Guan Eng mengakhiri temuramah.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Haaaa..
Tiada penerangan foto disediakan.
Wow..! wow,,,!
Tiada penerangan foto disediakan.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Otai BERSIH
TMJ jawab amaran Tun M.
Kalau nak sgt, masuklah politik. Sampai bila hanya berani post di twiter..??

Tunku Mahkota Johor (TMJ) “mempersilakan” Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengambil tindakan terhadapnya selepas mengkritik usaha kerajaan untuk meratifikasi Statut Rom.
“Sila,” kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Twitter baginda sebentar tadi.
“If i have to go down kerana menegakkan perlembagaan/constitution, raja-raja Malayu, dan Islam.
“Dengan apa-apa cara pun. Kamu tahu di mana hendak cari saya.”
Baginda menulis demikian ketika mengulang tweet Malaysiakini yang melaporkan amaran Mahathir itu.

Sila, TMJ jawab amaran Dr M

Tunku Mahkota Johor (TMJ) “mempersilakan” Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengambil tindakan terhadapnya selepas mengkritik usaha kerajaan untuk meratifikasi Statut Rom.
“Sila,” kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Twitter baginda sebentar tadi.
If i have to go down kerana menegakkan perlembagaan/constitution, raja-raja Malayu, dan Islam.
“Dengan apa-apa cara pun. Kamu tahu di mana hendak cari saya.”
Baginda menulis demikian ketika mengulang tweet Malaysiakini yang melaporkan amaran Mahathir itu.
Mahathir petang ini menegaskan tiada siapa di negara ini yang melampaui undang-undang, termasuk Tunku Ismail.
Menjawab soalan di lobi parlimen, katanya Tunku Ismail boleh memberi pandangan asalkan tidak buat kenyataan yang dianggap hasutan.
Malaysiakini.

Tindakan akan diambil jika TMJ buat kenyataan menghasut, kata PM

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, pewaris Sultan Johor tidak akan terlepas daripada undang-undang jika melanggar peraturan.
“Kita akan mengambil tindakan terhadapnya, beliau tidak kebal undang-undang malah tiada siapa di Malaysia yang kebal undang-undang,” katanya.
Ditanya berhubung nasihatnya kepada Tunku Ismail sebelum ini supaya menyertai gelanggang politik, Mahathir berkata beliau boleh membuat pilihan sendiri.
"Jika dia mahu terlibat dalam politik, dia boleh, tidak ada apa yang boleh menghalang mana-mana warganegara daripada menyatakan pendapatnya. Dan dia adalah warganegara Malaysia, tidak lebih daripada itu," katanya.
Tunku Ismail bertikam lidah dengan Mahathir berhubung keputusan kerajaan untuk meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), yang menurut putera raja itu akan mengancam kedudukan Yang di-Pertuan Agong, Melayu dan Islam.
Jumaat lalu, perdana menteri mengumumkan bahawa keputusan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom adalah berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat.
Dakwa Mahathir ini berpunca daripada kekelirruan yang dicipta oleh orang tertentu "yang ingin bebas memukul orang dan melakukan perkara seperti itu".
"Jika dia pukul orang lagi, saya akan hantar polis untuk menangkapnya. Saya tidak peduli siapa dia," katanya.
Walaupun tidak menyebut sebarang nama, spekulasi adalah bahawa Mahathir merujuk kepada kerabat istana Johor, terutamanya, Tunku Ismail.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena