Tuesday 9 April 2019

[Video KAMI TIDAK PEDULI SIAPA MEREKA, KATA TUN M] Putrajaya gagal pinda perlembagaan & Dr M tak salahkan MP Sarawak gagalkan pinda perlembagaan.

Rabu, 10 April 2019
Jom Channel
"Kita akan menarik balik ratifikasi Statut Rom kerana kekeliruan, bukan kerana kita percaya ia akan buruk bagi kita tetapi kerana kekeliruan yang dibuat oleh orang tertentu yang ingin bebas memukul orang dan perkara seperti itu. "Dan jika dia pukul orang lagi, saya akan hantar polis untuk menangkapnya, saya tidak peduli siapa dia," ujar Perdana Menteri.

Putrajaya gagal pinda perlembagaan

Cadangan kerajaan untuk meminda perlembagaan bagi mengembalikan status Sabah dan Sawarak gagal diluluskan di peringkat dasar malam ini.
Usul itu hanya boleh diluluskan apabila mendapat sokongan dua per tiga daripada anggota Dewan Rakyat.
Mengikut keadaan semasa PH memerlukan sokongan 148 anggota parlimen bagi meluluskan pindaan tersebut.
Bagaimanapun ketika undian dijalankan hanya 138 anggota parlimen menyokong manakala 59 lagi berkecuali. Tiada mana-mana anggota parlimen membantah cadangan tersebut.
Selepas undian disahkan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof berkata, rang undang-undang itu tidak boleh diteruskan pada peringkat kedua.
Beliau kemudian menangguhkan sidang hari ini.
Ekoran keputusan tersebut Chang Lih Kang (PH-Tanjung Malim) berkata rakyat akan menghukum anggota parlimen yang enggan menyokong usul dibawa perdana menteri.
Sementara itu sumber berkata anggota parlimen yang bersikap berkecuali semasa undian dijalankan iala dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), BN dan PAS.
"Kami percaya beberapa anggota parlimen pembangkang dari Sabah menyokong rang undang-undang tersebut," katanya yang enggan didedahkan identitinya.
Menurut sumber terbabit, anggota parlimen bukan kerajaan yang menyokong ialah Anifah Aman (Bebas-Kimanis), Jeffrey Kitingan (PBS-Keningau), Maximus Ongkili (PBS-Kota Marudu) dan Arthur Joseph Kurop (PBS-Pensiangan).
Sementara itu, kata sumber, beberapa anggota parlimen PH - termasuk Maszlee Malik (Simpang Renggam), Shamsul Iskandar Md Akin (Hang Tuah Jaya) dan Noor Amin Ahmad (Kangar) tidak hadir semasa undian dijalankan.
Seramai 46 anggota parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan.
Malaysiakini.

Dr M tak salahkan MP Sarawak gagalkan pinda perlembagaan

Di sebalik kegagalan kerajaan meminda peruntukan perlembagaan berhubung status Sabah dan Sarawak malam ini perdana menteri kelihatan bersikap terbuka dengan pendirian anggota parlimen pembangkang yang enggan menyokong usul dibawanya.
Malah kata Dr Mahathir Mohamad beliau tidak menyalahkan anggota parlimen Sarawak yang mengambil pendirian berkecuali sebentar tadi.
Ditanya media sama ada beliau menyalahkan anggota parlimen berkenaan, Dr Mahathir menjawab: "Tidak, mereka ada hak untuk mengundi menolak. Mereka ada hak."
Usul meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan itu membabitkan kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai negeri dalam negara ini.
Melalui fasal baru itu, perlembagaan akan memperincikan kedudukan semua negeri yang membentuk persekutan dan mengembalikan status negeri semasa pembentukan Malaysia pada 1963. 
Bagaimanapun ketika undian dijalankan malam ini, kerajaan gagal mendapat sokongan dua per tiga anggota Dewan Rakyat seperti yang disyaratkan bagi meminda perlembagaan.
Keputusan undian menunjukkan 138 anggota parlimen menyokong dan 59 berkecuali. Tiada anggota parlimen yang mengundi untuk tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
Anggota parlimen yang mengambil sikap berkecuali ialah dari BN, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Untuk membolehkan rang undang-undang itu diluluskan PH memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 148 undi.
Ditanya sama ada pendirian pembangkang - termasuk dari Sarawak - memang dijangkakan, Mahathir berkata: "Tidak juga."
Katanya beliau menjangkakan rang undang-undang itu akan mendapat sokongan dua per tiga anggota Dewan Rakyat.
Ditanya apakah perasaannya apabila usul kerajaan digagalkan di Dewan Rakyat, beliau menjawab ringkas: "Great (hebat)." 
Bagaimanapun perdana menteri tidak menjelaskan lebih lanjut kenyataan tersebut.
Malaysiakini.

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Toing Toing Toing. Tabit spring utk tun...

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena