Tuesday 9 April 2019

[Video BONGKARRR! 7 individu DALANG di sebalik kerugian Felda] Tindakan akan diambil jika TMJ buat kenyataan menghasut, kata PM.

Rabu, 10 April 2019
Tumpang sekole.

Tindakan akan diambil jika TMJ buat kenyataan menghasut, kata PM

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa tiada siapa di negara ini yang berada di atas undang-undang dan ini termasuk Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Menjawab soalan di lobi parlimen, hari ini, katanya Tunku Ismail bebas menyuarakan pandangannya seperti semua rakyat Malaysia.
“Dia boleh cakap seperti orang biasa, kita anggap dia orang biasa.
“Asalkan dia tidak buat kenyataan yang dianggap hasutan,” katanya di lobi parlimem, petang ini.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, pewaris Sultan Johor tidak akan terlepas daripada undang-undang jika melanggar peraturan.
“Kita akan mengambil tindakan terhadapnya, beliau tidak kebal undang-undang malah tiada siapa di Malaysia yang kebal undang-undang,” katanya.
Ditanya berhubung nasihatnya kepada Tunku Ismail sebelum ini supaya menyertai gelanggang politik, Mahathir berkata beliau boleh membuat pilihan sendiri.
"Jika dia mahu terlibat dalam politik, dia boleh, tidak ada apa yang boleh menghalang mana-mana warganegara daripada menyatakan pendapatnya. Dan dia adalah warganegara Malaysia, tidak lebih daripada itu," katanya.
Tunku Ismail bertikam lidah dengan Mahathir berhubung keputusan kerajaan untuk meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), yang menurut putera raja itu akan mengancam kedudukan Yang di-Pertuan Agong, Melayu dan Islam.

Jumaat lalu, perdana menteri mengumumkan bahawa keputusan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom adalah berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat.
Dakwa Mahathir ini berpunca daripada kekelirruan yang dicipta oleh orang tertentu "yang ingin bebas memukul orang dan melakukan perkara seperti itu".
"Jika dia pukul orang lagi, saya akan hantar polis untuk menangkapnya. Saya tidak peduli siapa dia," katanya.
Walaupun tidak menyebut sebarang nama, spekulasi adalah bahawa Mahathir merujuk kepada kerabat istana Johor, terutamanya, Tunku Ismail.
Malaysiakini.

1 comments:

Unknown said...

Mmg sepatutnya semua golongan istana di anggap sbg rakyat biasa & terikat pada undang2 & norma2 kemanusian biasa.

Asal usul semua manusia tu pun dr satu ayah.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena