Monday 1 April 2019

[Video Kes siar secara langsung: RAKYAT boleh tahu berapa banyak duit Najib 'rompak'] Cukai yang Najib tak bayar RM1.5 billion & Kalau kita keluarkan dari Mesin ATM RM2500, kita boleh keluarkan setiap hari selama 1643 tahun! Jadahnya punya Bosskurr? Rantau: Melayu sokong PH dalam diam.

Isnin, 1 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, sut
MEH TENGOK NI...!
Cukai yang Najib tak bayar : RM1.5 billion.
Kalau kita pergi keluarkan setiap hari dari Mesin Atm RM2500, kita boleh keluarkan setiap hari selama 1643 tahun.
Contohnya : RM1.5billion ÷ RM2,500/hari ÷ 365 hari/tahun = 1643 tahun.
1643 tahun = berpuloh generasi makan tak habis. Ini belum lagi di kira dengan duit berbilion yang di samun.
Jadah punya manusia.

IRB slaps Najib with RM1.5b tax bill

Streram yakin Melayu sokong PH dalam diam

Walaupun sebahagian pengundi Melayu bersikap 'senyap' namun calon PH, Dr S Streram, tetap yakin mereka adalah penyokong yang akan memberikan undi kepada parti kerajaan pada 13 Apr ini.
Menurut anggota PKR yang menggelarkan dirinya sebagai Dr Rakyat, Streram juga mendakwa sokongan pengundi Melayu kepada PH kini semakin meningkat, sejajar dengan hari mengundi yang kian hampir.
"Saya nak beritahu pengundi Melayu kuat. Mereka silent (diam) saja, tapi saya rasa mereka akan sokong saya pada PRK ini," katanya kepada pemberita selepas bertemu pengundi di sebuah gerai Jalan Kampung Linsum, Rantau hari ini.
Kempen untuk PRK Rantau bermula secara rasmi sejak 31 Mac lalu. Streram akan cuba merampas kerusi DUN Rantau daripada penyandangnya, Mohamad Hasan.
Untuk rekod Mohamad ialah bekas menteri besar Negeri Sembilan dan kini menjalankan tugas sebagai presiden Umno dan BN.
Menurut Streram, pengundi Rantau lazimnya tidak menunjukkan sokongan secara terbuka, malah bukan semua mahu hadir mendengar ceramah politik.
Bagaimanapun katanya pengundi terbabit sudah membuat keputusan awal untuk memberikan sokongan kepada PH.
Malah kata pakar bisu yang pernah memberikan khidmat sukarela di beberapa negara termasuk Syria dan Afghanistan itu dia yakin akan mendapat lebih banyak undi simpati daripada pengundi Rantau.
Hal itu katanya berlaku selepas dia dinafikan daripada bertanding menentang Mohamad pada PRU tahun lalu.
"Saya percaya mereka simpati terhadap saya sebab saya dinafikan bertanding di PRU. Namun, saya terus berjuang sehingga ke mahkamah untuk bertanding pada PRK ini," ujarnya.
Sementara itu, Streram yakin akan memperolehi sokongan Melayu dengan peratus yang realistik.
"Saya percaya secara minimum 20 hingga 30 peratus pengundi Melayu akan menyokong. Kalau dapat angka minimum ini pun saya akan gembira.
"Bagi pengundi bukan Melayu, saya meletakkan sasaran antara 70 peratus hingga 80 peratus dan ia memadai untuk PH menang," katanya.
Namun pada masa sama Streram masih menganggap dirinya sebagai calon yang tidak memiliki banyak kelebihan (underdog).
"Sokongan Melayu kuat. Ini kerana saya bantu mereka. Mereka selalu minta bantuan bagi menyelesaikan masalah mereka.
"Walaupun orang Melayu, saya tetap beri bantuan untuk menyelesaikan sepenuhnya masalah mereka," tambahnya.
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena