Monday, 1 April 2019

[Video Anwar: Pelancaran Rasmi Jentera PH PRK Rantau] Pelan pemulihan Felda yang telah dirosakan Anak Tun Razak & Mat Sabu: Veteran tentera akan terima RM500 menjelang raya.

Isnin, 1 April 2019
Tiada penerangan foto disediakan.
 Pelan pemulihan Felda yang telah dirosakan Anak Tun Razak.

Veteran tentera akan terima RM500 menjelang raya

Meskipun kerajaan menghadapi kekangan wang, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini mengumumkan Putrajaya akan memberikan pembayaran insentif RM500 kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 
Menurut Mohamad, pemberian secara sekali sahaja itu akan diberikan menjelang hari raya Aidilfitri nanti melibatkan seramai 159,368 orang veteran ATM berpencen dan tidak berpencen.
"Walaupun kekangan kewangan, kita cari jalan. Saya beberapa kali ke Kementerian Kewangan berusaha supaya dapat diagihkan sedikit kepada veteran ATM.
"Dan setelah dicari jalan, akhirnya diberi kepada veteran ATM menjelang hari raya nanti lebih RM79.68 juta," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata, Jabatan Veteran Negara dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan permohonan bantuan tersebut itu.
Permohonannya akan dibuka bermula 14 April 2019 dan pembayaran akan dilakukan pada 27 Mei 2019.
Katanya, jumlah veteran yang menerima insentif itu kali ini lebih ramai berbanding tahun 2017, iaitu 43,000 veteran tidak berpencen menerima bantuan tersebut bawah Bantuan Bakti Negara itu kali ini
"Pemberian ini merupakan penghargaan berterusan daripada kerajaan PH kepada veteran ATM di atas kesetiaan dan pengorbanan kepada negara.
"Ia adalah usaha berterusan untuk menjaga kebajikan semua golongan veteran ATM," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena