Saturday 13 April 2019

[Video LIVE: Keputusan PRK Rantau & Streram buang undi] Adalah wajar TMJ ini masuk UMNO je! Kerajaan PH berjaya tangani isu FELDA, Tabung Haji meskipun baru 11 bulan tadbir negara.

Sabtu, 13 April 2019

Streram buang undi

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang berdiri dan teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, teks

Kerajaan PH berjaya tangani isu FELDA, Tabung Haji meski baru 11 bulan tadbir negara

Kerajaan Pakatan Harapan telah melaksana teras manifestonya bagi menyelamatkan Malaysia daripada rasuah dan salah guna kuasa dalam tempoh 11 bulan mentadbir, kata seorang pemimpin DAP.
Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo seperti dipetik Bernama berkata, ini terbukti dengan tindakan yang diambil kerajaan dalam menangani isu agensi utama negara seperti Tabung Haji dan FELDA.
“Kalau orang kata PH tidak laksana janji, tengok apa berlaku di Parlimen seminggu lepas, untuk Tabung Haji, Felda kita bangkitkan isu itu, kita janji akan bawa pembaikan, kita akan bawa pembaharuan dan akan membongkarkan apa salah laku yang dilakukan, dan kita akan perbaiki.
“Kita melaksanakan apa kita telah janjikan, memang ada beberapa perkara lain dalam manifesto yang kita perlu laksana dengan lebih lagi, tapi kita ada masa, ada lima tahun…dan saya minta kita semua yang ada di sini, kita semua bersatu padu. Selepas 11 bulan, kita masih kuat dan apa kita yang perlu lakukan adalah untuk bergerak ke hadapan,” katanya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu dipetik sebagai berkata demikian ketika berucap pada ceramah umum di Taman Seri Intan, Kampung Siliau, Seremban, malam tadi, sebagai menjawab tuduhan pembangkang kononnya kerajaan PH gagal melaksanakan manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)
Ia turut dihadiri Ketua Umum PH Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Tambah Gobind, PH mempunyai pemimpin yang berintegriti dan sentiasa memelihara khazanah negara untuk kegunaan rakyat dan bukannya kroni.
“Itu kita mahu, kerajaan yang ada perbezaan dengan Barisan Nasional (BN).
“Kita ada pilihan, kita tunjukkan bahawa kita ada pemimpin, bukan sahaja pemimpin bersih, tetapi pemimpin yang ambil langkah-langkah berusaha untuk membersihkan, memperbaiki ekonomi dan mengangkat taraf kehidupan rakyat Malaysia, itu kerajaan PH,” katanya.
Beliau turut membandingkan PH dengan kerajaan terdahulu, Barisan Nasional, yang dilihat mewariskan sebuah negara dan negeri yang mempunyai masalah kewangan yang sangat besar.
“…apabila mereka jadi kerajaan, maka berlaku semua skandal ini, berlaku semua kekurangan ini, berlaku kerosakan sehingga memberi akibat yang (membawa) padah kepada agensi seperti Tabung Haji dan Felda,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa tidak mahu isu perkauman serta agama diapi-apikan pihak tertentu kerana kerajaan PH komited dalam membina sebuah negara yang di mana warganya bangga menjadi rakyat Malaysia.
PRK DUN Rantau pada Sabtu ini, menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH Dr S. Streram, calon BN Mohamad Hasan dan dua calon Bebas, suri rumah R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena