Saturday, 13 April 2019

[Video OPS KESAN-OPERASI KHAS POLIS PERAK CARI ACAP 13 APR 2019] Umno buta demokrasi! Umno Johor sila diam - PM.

Sabtu, 13 April 2019

Usaha pencarian Acap masih diteruskan

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, teks

Imej mungkin mengandungi: 4 orang, teks

UMNO Johor sila diam - PM

SERDANG: Tun Dr Mahathir Mohamad menempelak UMNO Johor supaya diam kerana mereka tiada hak untuk menamakan calon Menteri Besar Johor bagi menggantikan penyandangnya, Datuk Osman Sapian, yang meletak jawatan.
Sebaliknya, Perdana Menteri menegaskan parti yang menang saja bertanggungjawab untuk menentukan atau mencadangkan nama calon Menteri Besar Johor yang baharu.


“Adalah parti yang menang (pilihan raya) menamakan calon Menteri Besar Johor dan bukannya ‘loser’ (parti yang kalah).
“The loser keep quite (yang kalah sila diam),” katanya kepada pemberita selepas selepas merasmikan Malaysia Autoshow 2019 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas cadangan UMNO Johor supaya Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dinamakan sebagai calon Menteri Besar Johor yang baharu.
Mengulas lanjut cadangan itu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU dan Pakatan Harapan (PH) berkata, Muhyiddin tidak sesuai sebagai Menteri Besar Johor kerana beliau ada tugas yang lain.
“Muhyiddin ada kerja lain. Kita pun sudah namakan calon (Menteri Besar Johor),” katanya.
Ketika ini, Muhyiddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gambir dan Ahli Parlimen Pagoh menggalas tugas sebagai Menteri Dalam Negeri.
BN Online

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena