Friday 5 April 2019

[Video Malaysia tarik diri dari Statut Rome, kata Dr M] Dok pikiaq apa #My BossKu dlm KANDANG tertuduh! Kesian Makcik2 ni kena goreng oleh penipu lagi.

Jumaat, 5 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, teks
Dok pikiaq apa #My BossKu... 

Malaysia tarik diri dari Statut Rome, kata Dr M


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang telah dimeterai negara.
Ini berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat, sambil menegaskan bahawa keputusan itu dibuat bukan disebabkan Statut itu membahayakan negara.
"Kami menarik balik penyertaan dalam perjanjian itu kerana rakyat mudah terpesong dengan perasaan dan emosi," katanya.
Beliau berkata Malaysia, yang menandatangani Surat Cara Penerimaan Statut Rom ICC pada 4 Mac, dan menyerahkan surat cara berkenaan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari yang sama, boleh menarik balik surat cara itu sebelum Jun tahun ini.
"Boleh buat dan ambil tindakan sebelum Jun,” jelas Dr Mahathir mengenai tindakan menarik diri itu.
Keputusan untuk menarik diri daripada Statut itu dicapai secara bersama dalam mesyuarat mingguan Kabinet hari ini, kata Dr Mahathir pada sidang media di Putrajaya.
ICC ditubuhkan pada 2002 dan ditadbir mengikut Statut Rome.
ICC adalah mahkamah jenayah antarabangsa pertama berasaskan perjanjian, bertujuan menamatkan kekebalan terhadap pelaku jenayah paling serius yang membimbangkan masyarakat antarabangsa melibatkan pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang serta jenayah kemanusiaan dan pencerobohan.
Terdahulu, Dr Mahathir beroleh perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad di Istana Negara di Kuala Lumpur bagi membincangkan perkara itu.
Ia menjadi isu kontroversi selepas didedahkan pada 4 Mac lalu Menteri Luar Saifuddin Abdullah telah menandatangani dokumen yang membawa Malaysia menyertai perjanjian tersebut.
Wisma Putra menyatakan menterinya telah memaklumkan kepada Yang Dipertuan Agong pada 15 Februari mengenai hasrat Putrajaya menyertai perjanjian tersebut.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan puteranya Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula bertitah bahawa persetujuan terhadap perjanjian itu melanggar Perlembagaan Persekutuan kerana ia bakal memberi kesan terhadap institusi beraja, hak-hak Melayu dan kesucian Islam di Malaysia.
Tunku Ismail bertitah kerajaan gagal berunding dengan Majlis Raja-Raja sebelum menandatangani perjanjian itu.
ICC membicarakan empat jenayah utama antarabangsa - pembunuhan beramai-ramai (genocide), jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan.
Statut Rome ditandatangani lebih dari 100 negara pada tahun 1998 semasa suatu persidangan di Rom yang menubuhkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
ICC berkuatkuasa pada 2001 dan mensasarkan untuk mengakhir kekebalan pelaku jenayah yang paling serius.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena