Friday 5 April 2019

[Video Mujahid: Hibah Tabung Haji 1.25%, paling rendah dalam sejarah] Daripada tiada hibah langsung, hasil kerja gigih pasukan baharu hanya beberapa bulan boleh umum hibah secara sah 1.25% & TH zaman Azeez UmnoBN guna duit TH untuk selamatkan Cina Jho Low.

Jumaat, 5 April 2019
Imej mungkin mengandungi: teks

Daripada tiada hibah langsung, hasil kerja gigih pasukan baharu hanya beberapa bulan boleh umum hibah secara sah 1.25%. InsyaAllah tahun-tahun akan datang lebih cemerlang dibawah pasukan baharu ini.
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, teks
Nah... Parti ana puas hati Tabung Haji zaman Azeez selamatkan Jho Low sehingga merugikan Tabung Haji. Ini baru betul guna duit TH untuk selamatkan cina.

Hibah Tabung Haji 1.25%, paling rendah dalam sejarah

Kerajaan mengumumkan Lembaga Tabung Haji (TH) memberi hibah sebanyak 1.25 peratus membabitkan agihan sebanyak RM913 juta untuk 2018.
Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof pada majlis taklimat prestasi TH di Putrajaya, petang ini.
Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Zukri Samat.
Tahun lalu, TH mengumumkan hibah 4.5 peratus kepada pendeposit, dan tambahan hibah haji 1.75 peratus untuk penyimpan yang belum menunaikan haji bagi 2017.
Menjelaskan hal itu Mujahid berkata pelan penstrukturan yang dilaksanakan kerajaan membuktikan kesungguhan mereka menyelamatkan TH demi menjaga kepentingan 9.3 juta pendeposit agensi tersebut.
"Kerajaan terus komited dalam memastikan ketelusan dalam operasi dan kedudukan kewangan TH pada masa depan," kata Mujahid.
Sementara itu, Mujahid berkata TH berjaya melaksanakan penstrukturan semula kedudukan kewangannya dengan sokongan penuh kerajaan.
Katanya TH telah mencatat lebihan aset sebanyak RM1.0 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.
Sementara itu, Zukri yang mengesahkan kadar hibah kali ini adalah agihan terendah dalam sejarah setakat berkata pembayaran hibah telah mengambil kira pembayaran zakat sebanyak RM85.5.
Katanya ia akan dibayar terus kepada semua pusat pungutan zakat negeri-negeri di seluruh negara.
"Pendeposit boleh menyemak pengkreditan hibah tahunan TH 2018 bermula 8 April ini," katanya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena