Walaun Pas & Macai Umngok mana tau kira2 untung rugi ..!
Tak Nak BN
Malaysia Tarik Diri Daripada Statut Rom
PUTRAJAYA, 5 April (Bernama) — Perdana Menteri Dr Tun Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan Malaysia akan menarik diri daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat, sambil menegaskan bahawa keputusan itu dibuat bukan disebabkan Statut itu membahayakan negara.
Beliau berkata Malaysia, yang menandatangani Surat Cara Penerimaan Statut Rom ICC pada 4 Mac, dan menyerahkan surat cara berkenaan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari yang sama, boleh menarik balik surat cara itu sebelum Jun tahun ini.
Keputusan untuk menarik diri daripada Statut itu dicapai secara bersama dalam mesyuarat mingguan Kabinet hari ini, kata Dr Mahathir pada sidang media di sini.
ICC ditubuhkan pada 2002 dan ditadbir mengikut Statut Rom.
ICC adalah mahkamah jenayah antarabangsa pertama berasaskan perjanjian, bertujuan menamatkan kekebalan terhadap pelaku jenayah paling serius yang membimbangkan masyarakat antarabangsa melibatkan pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang serta jenayah kemanusiaan dan pencerobohan.
STATUT ROM: Tandatangan pun salah, tarik balik pun salah..nak apa sebenarnya Macai Umno nak ni?
Otai BERSIH
Razlan ketuai kumpulan desak pecat menteri, Thomas
Situasai di hadapan parlimen hari ini sedikit kecoh apabila sekumpulan aktivis dihalang memasuki bangunan berkenaan untuk menyerahkan memorandum bantahan Statut Rome dan menggesa Penguam Negara Tommy Thomas dipecat.
Dengan membawa sepanduk "Pecat Tommy Thomas" kerana dianggap menghina raja-raja Melayu, kumpulan berkenaan - yang dianggarkan seramai kira-kira 30 orang - berarak dari Tugu Negara ke parlimen.
Mereka diketuai bekas ketua Pemuda Umno Wilayah, Mohd Razlan Rafii dan bercadang menyerahkan memorandum berkenaan kepada Menteri Luar Saifuddin Abdullah.
Bagaimanapun kumpulan terbabit dihalang pihak berkuasa daripada memasuki parlimen dan ia menimbulkan rasa tidak puas hati.
Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment