Monday, 1 April 2019

[Video Tak boleh, kita kena sekat - Saifuddin] Daripada PM jadi tertuduh! ESOK, Najib akan berada di kandang mahkamah untuk dibicarakan! Bantuan TAK PERLU tandatangan YB..Satu lagi usaha kerajaan PH bantu rakyat.

Selasa, 2 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang

Daripada PM jadi tertuduh

Najib Razak menjadi perdana menteri keenam pada 3 April 2009 dengan menggantikan Abdullah Ahmad Badawi, yang mengambilalih daripada Dr Mahathir Mohamad lima tahun sebelum itu.
Mahathir berperanan penting dalam menyingkirkan Abdullah selepas berkuasa hanya satu penggal bagi membolehkan Najib menerajui kepimpinan negara.
Mahathir, isterinya, Dr Siti Hasmah Ali dan anak mereka, Mokhzani, bertindak keluar dari Umno berikutan percanggahan dengan Abdullah, menyertai semula parti itu pada 4 April sehari selepas Najib menjadi perdana menteri.
Dalam mengalu-alukan perkembangan itu, ajib telah menyifatkan kepulangan Mahathir sebagai "berakhirnya satu episod dalam Umno" dan "pembukaan bab baru."
"Sebagai negarawan, Tun (Mahathir) boleh memainkan peranan besar untuk mengukuhkan parti serta BN," katanya.
Najib langsung tidak menyedari bahawa Mahathir akan menjadi punca kejatuhannya dan sekali gus menjadi perdana menteri ketujuh serta menamatkan pemerintahan enam dekad BN.
Esok, tepat sedekad selepas beliau menjadi perdana menteri, Najib akan berada di kandang mahkamah untuk dibicarakan atas tiga pertuduhan CBT, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan akan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Najib, 66 yang juga anggota parlimen Pekan mengaku tidak bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan berkenaan.
Malaysiakini.
Tiada penerangan foto disediakan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena