Friday 5 April 2019

[Video Walaun TAK BAIK TUDUH ORANG PONDAN] JOM nonton TV1 SPM - POLEMIK SPV TH! Rosmah tidak ke mahkamah, kemuka sijil cuti sakit.

Jumaat, 5 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Kami Viral

Rosmah tidak ke mahkamah, kemuka sijil cuti sakit

Rosmah Mansor tidak hadir pada prosiding sebutan kesnya yang didakwa meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta berhubung projek tenaga solar, di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini kerana tidak sihat.
Pada mulanya kes itu bermula pukul 9 pagi di mana pasukan pembelaan dan pendakwaan dilihat memasuki ke kamar hakim.
Selepas prosiding dalam kamar hakim Collin Lawrence Sequerah, media dimaklumkan bahawa mahkamah mahu melihat ‘sijil tidak sihat untuk hadir ke mahkamah’ dan kes ditangguhkan selama tiga jam.
Pada pukul 12 tengahari mahkamah bersidang dan peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili isteri bekas perdana menteri itu mengemukakan sijil cuti sakit dan sijil tidak sihat untuk hadir ke mahkamah kepada hakim berkenaan.
“Dia tidak sihat untuk hadir ke mahkamah hari ini,” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar kemudiannya membuat permohonan secara lisan memindahkan kes rasuah projek tenaga solar membabitkan Rosmah ke Mahkamah Tinggi 2 di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.
"Ini kerana, kes pengubahan wang haram membabitkan Rosmah dan kes rasuah bekas pegawai khas Najib Razak, Rizal Mansor, akan didengar di mahkamah sama (Mahkamah 2)," katanya.
Bagaimanapun, peguam Akberdin Abdul Kader yang mewakili Rosmah membantah permohonan berkenaan, dengan alasan pihak pendakwaan perlu membuat permohonan secara bertulis.
Hakim menetapkan 23 April untuk mendengar permohonan berkenaan.
Pada 15 Nov tahun lepas, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lepas.
Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
- Bernama

1 comments:

Unknown said...

Laa .... kes bini najib pun tanggung juga?

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena