Tuesday 29 April 2014

Ketua Polis Dang Wangi: #1Mei PDRM tidak akan menggunakan FRU... Tapi ape pasal Dr M mengeluh!

Selasa, 29 April 2014
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Hari Kebangkitan Rakyat

Jawatankuasa 1 Mei tidak akan berhimpun di "padang" Dataran Merdeka

Perhimpunan kami boleh diadakan di Jalan Raja atau kawasan paling hampir dengan Dataran Merdeka.

PETALING JAYA: Jawatankuasa 1 Mei mengambil positif kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi bahawa PDRM tidak akan menggunakan FRU dan akan membenarkan perhimpunan ini berjalan secara aman.
Menurut jurucakapnya, S.Arutchelvan (gambar) jawatankuasa itu juga mengambil maklum permintaan polis supaya kita tidak berhimpun di “padang”  Dataran Merdeka kerana ada kerja-kerja membaiki padang dan penanaman rumput disana.

S ArutchelvanKatanya, pihak Jawatankuasa Penganjur telah memilih Dataran Merdeka kerana ia mempunyai signifikasinya tersendiri sebagai tempat simbolik perjuangan rakyat dan simbol demokrasi negara.
“Justeru itu, kami berharap perhimpunan kami boleh diadakan di Jalan Raja atau kawasan paling hampir dengan Dataran Merdeka. Pihak kami juga memberi kepastian tidak akan masuk ke kawasan padang Dataran Merdeka,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Beliau menambah Keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini mengenai perhimpunan aman mengukuhkan lagi pendirian kami bahawa hak berhimpun adalah satu hak utama (fundamental) Perlembagaan Persekutuan dan hak ini tidak boleh dilucutkan oleh undang-undang yang lebih kecil.

Katanya, 1 Mei adalah hari yang cukup istimewa di mana hari itu disambut diseluruh dunia dengan perhimpunan dan perarakan.

Tambahnya, di Malaysia, kesan daripada perjuangan kaum pekerja dan rakyat, akhirnya pada tahun 1972, 1hb. Mei telah diisytiharkan sebagai hari cuti dan pada tahun 1980, ia diisytiharkan sebagai hari cuti wajib.

“Marilah kita tidak sia-siakan hari bersejarah ini dan menggunakan hari  ini untuk membuat satu referendum kepada Kerajaan bahawa rakyat menolak Cukai GST,” tegasnya lagi.

Setakat ini,95  organisasi NGO, Kesatuan Sekerja, Persatuan Pengguna, Parti Politik telah menyokong  Deklarasi Hari Pekerja 2014 di mana tuntutan utamadDeklarasi adalah membantah perlaksanaan cukai GST.

S.Arutchelvan berkata pihaknya ingin mengucapkan terimakasih kepada Majlis Peguam Negara dan peguam-peguam sukarelawan yang akan menjalankan tugasan membantu ahli-ahli dalam perhimpunan dan memantau perhimpunan kita yang akan berjalan dengan aman.

“Kami juga mengucapkan terimakasih kepada SUHAKAM yang telah mendesak pihak polis membenarkan perhimpunan ini dijalankan tanpa gangguan,” jelasnya.
Beliau menambah selain itu, pihaknya juga ingin mengucapkan terimakasih kepada pihak “medical team “yang akan menyediakan puluhan anggota dan lima ambulan pada hari tersebut.

“Penganjur juga mengucapkan terimakasih kepada pihak Unit Amal, PAS yang akan menyumbangkan seribu orang untuk membantu menjaga perjalanan perhimpunan dan ini tidak termasuk marshall-marshall dari organisasi lain yang turut menghantar sukarelan-sukarelawan merek,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terimakasih kepada pihak SUARAM kerana sudi membantu andaikata ada tangkapan dibuat pada hari tersebut.

Posted & copy by 
April 23 
 

#1Mei : Dr Mahathir Menghasut atau Mencabar Rakyat...??

#MediaPakatan LIKE dan sebarkan pages ini;
Dr M terus mengeluh tentang demo besar 
Semasa pentadbirannya, tiada protes jalanan berskala besar kecuali ketika musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai timbalan perdana menteri.

Pengkritiknya mendakwa, ia ekoran Tun Dr Mahathir Mohamad memerintah secara kuku besi dan penentangnya akan merengkok dalam penjara.

Bagaimana pun, sejak beliau meletakkan jawatan pada 2003, protes jalanan menjadi perkara biasa dalam pentadbiran dua penggantinya selepas itu dan perkara itu sukar diterimanya.
Dalam blognya, bekas perdana menteri itu mencoretkan bagaimana demonstrasi yang dianjurkan bagi menggulingkan kerajaan yang dipilih.

Beliau sekali gus mengkritik kumpulan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH.

“Setakat ini Malaysia masih bertahan daripada ketidakstabilan akibat demonstrasi jalanan berpanjangan. Tetapi tanda-tandanya sudah ada.

“Jelas sekali, terdapat rakyat Malaysia yang mahu menurunkan kerajaan yang dipilih melalui demonstrasi,” katanya.

Siri-siri demonstrasi BERSIH, tambah Dr Mahathir, jelas untuk membangkitkan sokongan awam dan mencemarkan nama baik kerajaan seterusnya menjatuhkannya.

Kumpulan NGO disokong pembangkang akan menganjurkan perhimpunan besar menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 Mei (Khamis) ini. - mk

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena