Monday 28 April 2014

[Video] Wall Street Journal Bangkit Isu Obama Gagal Temui Anwar...

Selasa, 29 April 2014
Published on Apr 27, 2014
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata keputusannya untuk tidak bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika kunjungannya ke Kuala Lumpur tidak bermaksud bahawa beliau tidak mempedulikan nasib yang dialami oleh ketua pembangkang itu.

Pada sidang media bersama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, beliau diminta menjelaskan mengapa beliau tidak mengulas mengenai sabitan kes Liwat II ke atas Anwar.

Bukan tak peduli jika tak jumpa Anwar

Misfire in Malaysia
[kd]- Kegagalan Presiden AS, Barrack Obama bertemu Ketua Pembangkang parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sangat dikesali dibangkitkan lapor The Wall Street Journal (WSJ).

Sebaliknya lapor WSJ, Obama bertemu pula dengan pembangkang Jerman, Peer Steinbrueck dan bekas pembantu kempennya yang kini menjadi penasihat pemimpin pembangkang dari Parti Buruh Britain, Ed Miliband.

Dalam laporan WSJ bertajuk ‘Misfire in Malaysia, Obama declines to meet with a harassed opposition leader’ 27 April lalu, turut menyebut bahawa Obama sewajarnya ‘bertoleransi’ dan menyampaikan mesej keprihatinan negara itu melalui pertemuan dengan Anwar.

“Kegagalan pertemuan itu tidak akan dilupakan terutamanya oleh pengundi muda bandar yang merupakan penyokong akar umbi Anwar.

“Adalah suatu yang memalukan apabila Obama jelas memilih untuk tidak menemui Anwar yang hampir memenangi pilihan raya tahun lalu,” laporan tersebut dipetik.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena