Tuesday 22 April 2014

Berita baik untuk 'Kaki Demo!' Harap sangat Mat Sabu tidak tiba-tiba jadi penakut...

Selasa, 22 April 2014





Demo 1 Mei protes GST : Berita terbaik dari Ketua Polis Dang Wangi

Kalau pun parti politik tiba-tiba jadi pengecut, ubah lokasi himpunan ke tempat lain aku cukup yakin akan ramai jugak yang akan teruskan perancangan awal Demo 1 Mei protes GST ni dari KLCC ke Dataran merdeka.



Malaysiakini melaporkan: 

Polis menolak permohonan penganjur perhimpunan besar-besaran anti-GST pada 1 Mei kerana didakwa tidak memenuhi peruntukan ditetapkan oleh Akta Perhimpunan Aman 2012.

Laporan Berita Harian yang memetik kenyataan ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad menyebut, penganjur gagal mengemukakan notis kebenaran daripada pemilik lokasi perhimpunan – Dataran Merdeka. - Mkini.
Juga dilaporkan:
“(Penganjur) gagal memenuhi syarat di bawah Seksyen 9(1) APA 2012 yang memperuntukkan supaya penganjur memberikan notis dan kebenaran daripada pemilik lokasi sebelum melakukan perarakan atau berkumpul.

“Penganjur hanyamemberikan notis pemberitahuan kepada (polis) tanpa kebenaran daripada pemilik lokasi dipilih, maka permohonan mereka terpaksa ditolak,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut. - Ibid.
 

Ini berita cukup baik, baik untuk kaki demo walaupun mungkin jadi berita kurang baik bagi sebahagian besar 'kaki mengaji'. Pasainya bila dah jadi perhimpunan haram memang besar kemingkinan akan ada aksi dari water canon dan gas pemedih mata.

Apa pun aku harap sangat Mat Sabu tidak tiba-tiba jadi penakut. Pasainya sebelum ni Malaysiakini melaporkan:
Perhimpunan membantah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei depan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur setakat ini tidak berubah dan tetap mengikut seperti yang dijadualkan.

"(Lokasi himpunan) tidak berubah. Ada bahagian penambahbaikan, ada bahagian kosong (tanpa penambahbaikan).

"Kumpulan NGO akan berhimpun di KLCC dan penyokong parti politik akan berada di sekitar Kuala Lumpur," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. - Mkini.
Lagi pun kalau tengok kepada kempen dalaman PAS memang kali ni nampak lebih bersungguh-sungguh dan ada kemungkinan akan jadi lebih hebat dari Bersih 3.0.

Lagi satu, kalau pun parti politik tiba-tiba jadi pengecut, ubah lokasi himpunan ke tempat lain aku cukup yakin akan ramai jugak yang akan teruskan perancangan awal Demonstrasi 1 Mei protes GST ni dari KLCC ke Dataran merdeka.
Cenangau.

Gambar: Berapa "LIKE" untuk Gambar ini....

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena