Friday 25 April 2014

Yeahh! Jom Himpun 1 Mei: Notis 10 hari di bawah PAA (Akta Perhimpunan Aman) diisytihar tidak sah

Jumaat, 25 April 2014

Notis 10 hari di bawah PAA diisytihar tidak sah

Dalam satu keputusan penting oleh mahkamah kedua tertinggi di negara ini, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang mengkehendaki rakyat memberikan notis 10 hari kepada pihak berkuasa sebelum mengadakan protes, adalah tidak sah.

Mahkamah tersebut mengisytiharkan bahawa hukuman di bawah
Seksyen 9 (5) - denda RM10, 000 - juga tidak sah.

Dalam keputusan sebulat suara membatalkan tuduhan terhadap Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, panel tiga orang hakim itu juga mengisytiharkan calon ketua AMK itu, yang didakwa di bawah PAA, dilepas dan dibebaskan.

Beliau didakwa berhubung dengan perhimpunan Black 505 selepas pilihan raya umum 2013.

Panel tersebut diketuai oleh Hakim Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof yang berkata, tidak ada dalam Akta itu yang membolehkan pihak berkuasa mengisytiharkan perhimpunan aman sebagai haram.

Dua lagi hakim ialah bekas Presiden Peguam Malaysia Datuk Mah Weng Kwai dan Hakim Datuk Hamid Sultan Abu Backer.

Posted by 

APA HAK KITA DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA?
pastikan kehadiran anda(GST 1 MAY 2014 )

Like pages dan sebarkan media pakatan rakyat infomedia

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena