Wednesday 23 April 2014

Kapal Jepun disamun berhampiran Pulau Ketam! 2 juta liter diesel lesap...Mana scorpene?

Rabu, 23 April 2014
Pulau Ketam
'Penculikan warga taiwan di sipadan'
'Penculikan warga china di semporna'
'Penculikan kanak-kanak'
Kini ada pula 'penculikan kru kapal jepun di perairan selat melaka'.

Mana scorpene? Mana pdrm? Marin? Maritim? Tldm?

Ironinya Malaysia adalah negara paling selamat di Asia Tenggara menurut menteri?


Update Status ~ Semalam, lima lelaki, dua bersenjatakan pistol seorg lagi parang, menyamun sebuah kapal Jepun dgn memindahkan 2 juta liter minyak diesel ke dlm dua buah kapal tanker berhampiran Pulau Ketam dan tiga kru kapal dipercayai diculik.....

Awal April lalu, dlm kejadian jam 10.30 malam itu, tujuh org yg menaiki bot mendarat di Singamata Reef Resort dan melakukan penculikan....

Pada November tahun lepas, seorg pelancong Taiwan ditemui mati ditembak dan isterinya diculik oleh sekumpulan lelaki dlm kejadian di Pulau Pom Pom, Semporna....

Manakala Februari tahun lalu, negara digemparkan dgn isu pencerobohan Lahad Datu....

Take Note !!! : Kini rakyat melihat bahawa Menteri Dalam Negeri hanya selesa berperanan utk memainkan retorik dari segi peningkatan sistem keselamatan negara, tetapi tidak pula meletakkan isu keselamatan menjadi perkara utama,.. Seolah- olah memberitahu rakyat bahawa terdapat sesuatu yg tak kena dlm pentadbiran kerajaan pusat... Janganlah disebabkan kelemahan urus tadbir kerajaan menyebabkan Malaysia menjadi tumpuan kepada penjenayah utk melakukan jenayah...

Lima lelaki, dua bersenjatakan pistol seorang lagi parang, menyamun sebuah kapal Jepun dengan memindahkan dua juta liter minyak diesel ke dalam dua buah kapal tanker berhampiran Pulau Ketam awal pagi Selasa.

Tiga kru kapal dipercayai diculik.

Pegawai Pemerintah Polis Marin Pelabuhan Klang, DSP Norzaid Muhammad Said berkata kejadian berlaku pada pukul 1 pagi pada jarak 16 batu nautika dari Pulau Ketam di sini.

Kapal bermuatan lima juta liter itu dalam perjalanan ke Myanmar dan berlepas dari Singapura pada 21 April.

Beliau berkata lima lelaki terbabit bertindak mengikat 18 kru termasuk kapten kapal sebelum memindahkan diesel itu.

"Difahamkan proses pemindahan mengambil masa antara tujuh hingga lapan jam dan selepas itu kesemua suspek meninggalkan kapal berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini.

Norzaid berkata selepas berjaya melepaskan diri, kapten kapal kemudian menghubungi pembekal minyak diesel itu di Singapura, bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

Katanya pembekal itu membuat laporan di Balai Polis di Johor Baharu sebelum pihak polis di situ memaklumkan kepada Polis Marin di Pelabuhan Klang.

"Pihak kami kemudian dihantar ke lokasi kejadian dan menemui kapal Jepun berkenaan di Pulau Angsa. Kapal itu dibawa pulang ke Pelabuhan Utara di sini untuk siasatan lanjut," katanya.

Norzaid berkata kesemua kru kapal dan kapten tidak mengalami sebarang kecederaan.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena