Saturday 26 April 2014

Perhimpunan pembangkang (Himpunan 1 Mei) tidak jejas pelaksanaan GST, kata Ahmad Maslan

Sabtu, 26 April 2014
Photo: #1Mei : Rakyat Malaysia digesa berdemonstrasi secara aman tanpa takut

Orang ramai kini boleh berdemonstrasi secara aman tanpa takut berikutan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang mengatakan tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman bukanlah satu kesalahan, menurut peguam hak asasi manusia dan penggubal undang-undang.

Mereka berkata keputusan sebulat suara panel tiga hakim selaras dengan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu hak untuk berhimpun secara aman.

Ini bermakna perhimpunan anti-GST pada 1 Mei tidak boleh dikatakan “haram” dan orang ramai tidak perlu bimbang sebarang tindakan diambil terhadap mereka melainkan mereka memusnahkan harta awam atau melakukan jenayah.

Para peguam turut menghormati keputusan para hakim kerana bersedia mempertahankan undang-undang tertinggi negara yang menjamin hak asasi bagi semua rakyat Malaysia.

Penghakiman juga mengatakan mereka yang menggangu ketenteraman awam hanya boleh didakwa mengikut Kanun Keseksaan, Akta Pengangkutan Jalan atau undang-undang kerajaan tempatan.

Dalam mengisytiharkan hukuman mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman (PAA) tidak berperlembagaan kerana bercanggah dengan hak berhimpun secara aman, mahkamah juga membatalkan pertuduhan terhadap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa kerana gagal memberi notis 10 hari kepada polis ketika menganjurkan Himpunan Blackout di Stadium Kelana Jaya pada Mei tahun lepas.

Nik Nazmi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, menghadapi risiko didenda sehingga RM10,000 jika sabit kesalahan, mengikut Seksyen 9 (5) PAA 2012, serta kemungkinan hilang kelayakan daripada semua jawatan awam dipegangnya.

Perhimpunan itu diadakan untuk membantah dakwaan penipuan besar-besaran dalam Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) yang menyaksikan pemerintah Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen mengatakan kesan penghakiman tersebut adalah peruntukan lain dalam PAA untuk menghukum pesalah dan adalah tidak berperlembagaan.

“Mereka yang didakwa mengikut peruntukan lain kemungkinan besar akan dibebaskan kerana prinsip penghakiman itu adalah kerajaan tidak boleh menghukum sesiapa menggunakan PAA,” katanya.

Naib Presiden PKR, N Surendran dalam memuji penghakiman tersebut sebagai bersejarah mengatakan buat pertama kali selepas negara merdeka selama 57 tahun, kebebasan berhimpun dipertahankan di Malaysia.

“Ini merupakan satu sejarah dan kegelapan bagi autoritarianisme.

“Hakim mempertahankan hak berhimpun secara aman,” kata ahli Parlimen Padang Serai itu yang juga merupakan seorang peguam.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago mengatakan penghakiman itu juga bermaksud tanggungjawab penganjur perhimpunan adalah untuk memaklumkan kepada polis, dan bukannya meminta kebenaran.

“Ia memberikan definisi semula apa yang perlu dilakukan dalam memaklumkan pihak berkuasa,” katanya.

Santiago mengatakan penghakiman yang memberikan implikasi besar kepada PAA itu akan membuka lebih banyak ruang kepada kumpulan masyarakat madani untuk berhimpun secara aman.

Peguam dan pemimpin PAS Mohamed Hanipa Maidin mengatakan keputusan mahkamah semalam memberikan maksud menghukum seseorang kerana menganjur atau menghadiri perhimpunan aman bercanggah dengan hak berhimpun secara aman.

“Undang-undang untuk menguruskan perhimpunan aman boleh diadakan, tetapi jika mahu mencari kesalahan, tiada lagi kebebasan untuk berhimpun,” katanya.

Ahli Parlimen Sepang itu berharap Putrajaya akan mematuhi keputusan mahkamah dan tidak tergesa-gesa membuat pindaan di Parlimen untuk menyesuaikan dengan kehendak kerajaan Barisan Nasional (BN).

“PAA diwujudkan untuk mengiktiraf perhimpunan aman. In bermakna peranan polis adalah untuk membantu,” katanya.

Bekas pengerusi Majlis Peguam Lim Chee Wee yang turut hadir ketika hakim membacakan keputusan penghakiman mengatakan ini merupakan di antara saat paling membanggakan bagi sistem kehakiman negara.

“Saya tabik para hakim kerana mengikut sumpah mereka untuk mempertahankan Perlembagaan, dan sekarang kita bebas berhimpun secara aman tanpa sekatan sebarangan,” katanya.

Lim mengatakan beliau kini mahu melihat apakah Mahkamah Persekutuan akan mempertahankan keputusan bersejarah tersebut.

Nik Nazmi yang mendedikasikan kemenangannya kepada mendiang Karpal Singh, mengatakan seseorang jangan mudah menyerah kerana hak berhimpun secara aman sememangnya ada dalam Perlembagaan.

“Seperti Karpal, saya ke mahkamah untuk menguji had Perlembagaan, dan saya lega ketiga-tiga hakim memberikan alasan penghakiman yang munasabah,” katanya.

#MediaPakatan LIKE dan sebarkan pages ini;
www.facebook.com/mediapakatan
Like✔Share✔Comment✔ ☛| Media Pakatan Rakyat|☚ untuk update dari kami

Perhimpunan pembangkang tidak jejas pelaksanaan GST, kata Ahmad Maslan

THE MALAYSIAN INSIDER

Pembangkang merancang perhimpunan bantahan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) awal bulan depan di Kuala Lumpur. Gambar fail.
Pembangkang merancang perhimpunan bantahan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) awal bulan depan di Kuala Lumpur. Gambar fail.























Photo: GASAK SAMPAI TUMBANG GST
Pastikan diri anda berada di perhimpunan rakyat 1 may 2014
Hak rakyat berhimpun/bersuara ada dalam perlembagaan m,sia

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata perhimpunan yang dirancang pembangkang bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) awal bulan depan di Kuala Lumpur tidak menjejaskan pelaksanaan cukai itu pada 1 April 2015.

Beliau berkata, perhimpunan itu tidak akan memberi kesan kepada kerajaan untuk terus berusaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.

"GST satu-satunya percukaian yang lebih adil dan telus setelah kerajaan memikirkan selama 30 tahun untuk melaksanakannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa di Pasir Puteh, hari ini.

Ahmad diminta mengulas rancangan pembangkang mengadakan perhimpunan secara besar-besaran di ibu negara awal bulan depan bagi membantah pelaksanaan CBP.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa membentang Belanjawan 2014 pada Oktober tahun lalu mengumumkan cukai tunggal GST pada kadar 6% akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16%.

Ahmad berkata, harga barangan tidak mungkin naik selepas pelaksanaan GST kerana kerajaan hanya akan mengenakan cukai pada kadar 6%.

Beliau berkata, rakyat berpendapatan rendah tidak perlu bimbang kerana GST tidak dikenakan ke atas barangan asas seperti beras, sayur, ikan, daging, pengangkutan awam, rumah kediaman, pendidikan, kesihatan dan makanan laut.

Pada asasnya, cukai itu lebih banyak dikenakan terhadap golongan berpendapatan tinggi dan pungutan akan dikembalikan kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah seperti menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

Ahmad berkata, perhimpunan yang dirancang bertentangan dengan janji pembangkang sebelum ini di Parlimen mereka tidak akan menghalang pelaksanaan GST.

Katanya, hasil penerangan berkaitan GST oleh kerajaan sebelum ini mendapati sebilangan besar rakyat sudah memahami serta mula menerimanya dan mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang. – Bernama,

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena