Tuesday 1 July 2014

Anifah Aman Berbohong... Sebenarnya Malaysia mahu tuduhan digugurkan!

Selasa, 1 Julai 2014

Kantoi!! Anifah Aman Berbohong, Sebenarnya Malaysia Mahu Tuduhan Digugurkan


NZ jawab Anifah, M'sia mahu tuduhan digugurkan 

New Zealand mengeluarkan dokumen bagi menolak dakwaan Menteri Luar Anifah Aman bahawa Wellington sendiri menawarkan kebenaran untuk diplomat Malaysia yang menjadi suspek serangan seksual pulang ke negara ini. 


Antara didedahkan, surat Suruhanjaya Tinggi Malaysia kepada kementerian luar (MFAT) New Zealand yang menunjukkan permohonan supaya Muhammad Rizalman Ismail pulang ke negaranya datang daripada pihak negara ini.

Surat bertarikh 21 Mei, yang dilihat Malaysiakini, sebagai reaksi kepada MFAR bertarikh 10 Mei kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang meminta supaya kekebalan diplomatik Rizalkan dilucutkan. 

Ia penting supaya tindakan polis dapat diambil terhadapnya di negara itu. 

“Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dengan hormatnya memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan melucutkan kekenalan yang diberikan kepada En Muhammad Rizalman Ismail dan memutuskan beliau patut dihantar pulang ke Malaysia secepat mungkin. 

“Sekiranya Kementerian Luar dan Perdagangan New Zealand menerimanya, Pejabat Suruhanjaya Tinggi mencadangkan menghantarnya pulang kepada keluarganya di rumah pada Khamis, 22 Mei 2014, pada 1.15pm melalui MH130,” menurut surat itu.~mk 
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena