Tuesday 8 July 2014

Jamil Khir: Fatwa militan dikaji...Menyiasat dakwaan militan ada kaitan kumpulan tabligh tertentu M'sia?

Selasa, 8 Julai 2014
Kini seorang warganegara Jepun yg baru memeluk Islam Toshifumi Fujimoto berjuang bersama-sama Mujahidin Syria menentang kekejaman Regim Basyar Al-Assad.

Fatwa berkaitan kegiatan militan dikaji

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan berbincang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan fatwa berhubung hukum bagi mereka yang terbabit dengan kegiatan kumpulan militan.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebelum fatwa itu dikeluarkan, satu kajian terperinci perlu dilakukan bagi melihat kesesuaian fatwa berkenaan.
“Nanti kita tengok… kita akan bincang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan (untuk mengeluarkan fatwa), tengok kesesuaian, sesuai atau tidak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Sehingga kini tiada fatwa rasmi daripada Majlis Fatwa Kebangsaan tentang hukum terhadap rakyat Malaysia yang menyertai kegiatan militan.
Bulan lepas, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dipetik oleh media sebagai berkata, istilah jihad tidak sesuai untuk digunakan dalam konteks isu di Syria kerana ia melibatkan konflik sesama Islam dan adalah tidak adil untuk mengisyhtiharkan pihak yang ditentang itu sebagai bukan Islam.
Polis pula baru-baru ini telah menahan 19 rakyat tempatan yang dipercayai terbabit dalam kumpulan militan dan mempunyai hubungan dengan militan di luar negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar baru-baru ini dipetik sebagai berkata, polis masih memburu lima individu kerana terbabit dengan kegiatan militan di luar negara
Mereka ialah Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Dr Mahmud Ahmad, 35, pemilik kedai photostat dan alat tulis yang dikatakan beroperasi di UM, Mohd Najib Husen, Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39, dan dua penduduk Tawau, Sabah, iaitu Mohd Amin Baco, 30, dan Jeknal Adil.
Jamil Khir berkata kerajaan juga akan menyiasat dakwaan kononnya anggota militan terbabit mempunyai kaitan dengan kumpulan tabligh tertentu di negara ini.

1 comments:

Unknown said...

Yg ditentang itu adalah syiah kafir syaitan,macamana seorang mufti yg berilmu mengatakan syiah itu Islam ,Gila betulah org skrg ni

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena