Tuesday 8 July 2014

Pas Pusat, Selangor setuju Khalid kekal MB

Selasa, 8 Julai 2014

PAS PUSAT MASIH KEKALKAN TS KHALID MB SELANGOR, PKR HANYA PARTI MINORITI DALAM PAKATAN !


Mohamad Sabu

Pas Pusat dan Selangor sebulat suara mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar, sekali gus menafikan cadangan PKR dan DAP yang mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu meletakkan jawatan.

Pas yang mempunyai kerusi majoriti di Selangor berbanding PKR membuat keputusan itu pada mesyuarat khas parti peringkat pusat dan negeri semalam, bagi menentukan kedudukan Abdul Khalid yang mendapat desakan daripada pemimpin parti pakatan pembangkang supaya berundur.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu ketika mengumumkan hasil mesyuarat itu berkata, parti itu tidak akan membuat sebarang keputusan secara tergesa-gesa atau mengikut apa kata rakan gabungan.

Sebaliknya, kata beliau, Pas akan memanggil semua kepimpinan tertinggi parti itu untuk bermesyuarat dan membincangkan apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh Pas bagi sesuatu isu melibatkan pentadbiran negeri.

"Sebagai contoh isu desakan rakan gabungan terhadap Abdul Khalid supaya meletakkan jawatan. Pas tidak boleh mengikut mereka sembarangan. Kita kena panggil semua pemimpin kanan bermesyuarat dan membuat keputusan.

"Kita tidak mahu keputusan tergesa-gesa ini akan menggugatkan persahabatan Pas dengan PKR dan DAP. Itu dasar kita. Amat jelas dan mudah difahami," katanya kepada media di ibu pejabat Pas di Kuala Lumpur.

Selangor mempunyai 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan Pas dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13), manakala PKR 14 kerusi dan Barisan Nasional (BN) 12 kerusi.

Selepas PRU 13, Pas sepatutnya meletakkan wakil rakyat mereka sebagai Menteri Besar Selangor, tetapi mengambil keputusan untuk mengekalkan Abdul Khalid dari PKR untuk penggal kedua.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, parti turut menasihatkan pemimpin Pas di semua peringkat terutama Selangor agar menggelak daripada membuat sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan.

Jelas beliau, Pas tidak mahu dianggap sebagai parti yang suka menjaga tepi kain rakan dengan menyokong secara membabi-buta desakan rakan pakatan pembangkang yang lain terhadap menteri besar supaya meletak jawatan.

Bagaimanapun, menurut Mat Sabu, keputusan yang dicapai semalam akan terbatal secara automatik sekiranya ada perkembangan terbaru mengenai kedudukan Abdul Khalid yang dilakukan oleh partinya, PKR.

"Dari segi autoriti parti, kita tidak boleh buat apa-apa kerana itu hak parti berkenaan, tetapi dari segi pentadbiran, Pas dengan jelas masih memerlukan Abdul Khalid sebagai menteri besar," katanya. ~MG
Kedahkini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena