


Tumpang sekole.

MENGUNDI PAKATAN HARAPAN DARI PERSPEKTIF SIASAH SYAR'IYAH
Oleh: Ustaz Haji Abdul Ghani Samsudin, Timb Penasihat Umum Amanah
Pendahuluan
Pilihanraya adalah satu mekanisma sistim demokrasi untuk menguruskan peralihan kuasa politik dalam negara madani; demi mengelakkan krisis dan peperangan dalam merubah pemimpin politik yang berkuasa . Sebagai suatu sistem civil yang paling mutakhir untuk mengurus permasalahan kepimpinan negara ia melalui berbagai perkembangan untuk memurnikannya agar tidak berlaku krisis yang membawa pertumpahan darah yang menggugat keamanan dan membawa kepada kemusnahan negara.
Sebab itu keabsahan pilihanraya sebagai salah satu kaedah untuk mengurus kedaulatan rakyat dibahas dengan panjang lebar oleh ilmuan politik dan para pengkaji soal perlembagaan . Antara yang pernah mengupas hal ini ialah Dr Akram Kassab dalam buku beliau bertajuk : Al Intikhabat : Ahkam Wa Dhawabit atau Pilihanraya ; Prinsip dan Hukum..
Menurut Kajian Pejabat Peguam Negara yang bertajuk " Pilihanraya Menurut Perspektif Islam "
"Para ulama berselisih pendapat mengenai hukum pilihan raya. Walau bagaimanapun, majoriti ulama berpendapat bahawa hukum sistem pilihan raya adalah harus. Pendapat inilah yang diguna pakai oleh negara-negara Islam pada hari ini dalam melaksanakan pilihan raya. Antara ulama yang menyokong pandangan ini ialah Syeikh Muhamad Rashid Redha, Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, Syeikh Muhamad Abu Zuhrah, Abu Al-A’la Al-Maududi, Abdul Qadir Audah, Dr Abdul Karim Zaidan dan Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Antara hujah-hujah yang dijadikan sandaran oleh para ulama tersebut adalah seperti yang berikut:”
“ Hukum asal bagi sesuatu perkara (dalam konteks urusan keduniaan) adalah harus selagi tidak ada nas yang menunjukkan bahawa perkara itu adalah haram (الأصْلُ في الأَشْياءِ الإِباحَةُ);
Sistem pilihan raya pada zaman sekarang merupakan suatu urusan duniawi yang boleh diperbaharui, diubah prosedur dan sebagainya. Teknik dan caranya adalah terpulang kepada kesesuaian pada zaman tersebut; “
“Pilihan raya mempunyai persamaan dengan konsep bai’ah ke atas pemimpin yang dilantik. Ia dapat dilihat pada undian yang dibuat iaitu seseorang akan memilih calon yang dipersetujui untuk menjadi pemimpinnya; “
“Pilihan raya mempunyai persamaan dengan konsep bai’ah ke atas pemimpin yang dilantik. Ia dapat dilihat pada undian yang dibuat iaitu seseorang akan memilih calon yang dipersetujui untuk menjadi pemimpinnya; “
“Tiada dalil yang menghadkan atau mengkhususkan sesuatu cara dalam membuat pemilihan seseorang pemimpin. Cara atau teknik adalah terpulang kepada ijtihad yang bersesuaian dengan masyarakat, masa dan tempat selagi ia tidak bertentangan dengan hukum Syarak seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud – “Kamu lebih mengetahui akan urusan keduniaan kamu.”. (Riwayat Muslim);
“Pilihan raya termasuk dalam konsep tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan kebajikan sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah, ayat 2 yang bermaksud – “Dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam perkara dosa dan melampaui batas.”;
“Pendek kata keseluruhan huraian di atas adalah menjadi asas kepada kewajiban mengundi dalam Islam. Umat tidak dapat lari dari memikul tanggungjawab di dunia dan di akhirat apabila mengkhianati tugas dan kewajiban mengundi sehingga menobatkan para pemimpin korup, sesat dan tidak bermoral atau kredebiliti. Apatah lagi kalau mereka penuh temberang, tembelang dan pasti akan kecundang di akhirat kelak. "
Reformasi menyeluruh untuk menyelamatkan umat dan negara memang suatu kewajiban dan kemestian.
"Reformasi politik biasanya merujuk kepada isu:
1. Legality,atau keabsahan sesuatu pemerintahan
2.Menuntut keadilan, kesamarataan dan kebebasan
3.Menuntut ‘responsibality’ tanggungjawab dan trasperensi
4.Partisipasi politik rakyat yang berkesan
5.Pengukuhan integrity institusi, pemisahan kuasa perundngan , perlaksanaan, pengadilan dan pergiliran kuasa memerintah negara secara aman
6.Memerangi korupsi, kolusi dan kroni
7.Menentang pemerintahan totalitarianisme; kukubesi ,serta bersikap bijaksana memanfaatkan kuasa dan suara rakyat.
8.Melindungi Hak Asasi Rakyat. "
Beberapa Perancangan Masa Depan PH
Antara yang dijanjikan sebagai insentif oleh Pakatan Harapan ialah perkara berikut:
1.Gaji Penjawat Awam/Pesara dan Bonus akan di tingkatkan.








































































jabatan kerajaan dan Syarikat GLC.








Dengan manifesto yang lebih luas dan terpeinci yang akan diajukan oleh PH kepada pengundi dan rakyat secara resmi sudah tentu rakyat Malaysia wajar memilih dan memenangkan calon calon keempat parti yang menyertai PH .Baik di peringkat Parlimen mahupun di peringkat DUN . Inilah peluang terakhir untuk rakyat menyelamatkan negara dan bangsa sebelum kaadaan menjadi semakin kusut dan sukar dirawat.
Kesimpulan
Menghukum parti politik bukan Islam khasnya DAP sebagai “Kafir Harbi” tidak selaras dengan hakikat istilah kafir harbi dalam kitab kitab Fiqh dan Ensaiklopedia Fiqh. Menurut al Mausu’ah al Kuwaitiah :Mereka “Ahlu Al Harbi” ialah orang bukan Islam yang tidak mempunyai apa apa ikatan perjanjian dengan kaum Muslimin “ Aqd al Zimmah” tidak mendapat sebarang perlindungan keamanan “Al Amn” dari orang Islam dan tidak ada apa-apa hubungan “al ‘Ahd” dengan mereka.
Menuduh dengan semata-mata persepsi serkap jarang bahawa DAP mendominasi kepimpinan PH adalah bercanggah dengan reality PH sebagai koalisi yang berasaskan kerjasama, permesyuaratan dan kesepakan setaraf.
Golongan kafir yang ada di negara kita kini hak mereka dijamin oleh perlembagaan, mereka berhak membentuk parti politik, berhak bertanding , mengundi dan sebagainya. Mereka adalah warga negara dan tergolong dalam konsep “al Muwatanah” dalam konteks zaman kini. Parti DAP sekarang dalam Pakatan Harapan yang mengukuh dan memungkinkan pakatan berkenaan untuk menguasai pemerintahan negara Malaysia di bawah pimpinan Dr Mahatir dan Sdr D.S.A.I., Sdr Mohammad Bin Sabu serta Dr Wan Azizah dan YB Lim Guan Eng.
Mengenai Dr Mahatir, beliau telahpun menyatakan keinsafan beliau terhadap kesilapan masa lampau dan sudahpun menanda tangani perjanjian dengan butir-butir tertentu ; antaranya ialah untuk melepaskan DSAI dari penjara dan mengangkat beliau menjadi PM yang ke lapan selepas beliau , berjanji untuk menghapuskan GST, menuntut semula harta 1MDB yang telah disita oleh kerjaan Amerika dan lain-lain.Beliau (Dr.M.) telah bersedia untuk menghadapi segala ranjau dan kegetiran perjuangan demi menyelamatkan bangsa dan negara dari kepimpinan kleptokrasi yang rasuah dan tidak berintegrity.Allah berfirman dalam surah al-Maidah ayat 39:
فَمَن تَابَ مِن بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللَّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
“Maka siapa yang bertaubat selepas terlanjur melakukan kezaliman dan
فَمَن تَابَ مِن بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللَّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
“Maka siapa yang bertaubat selepas terlanjur melakukan kezaliman dan
berbuat baik (pemulihan) maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya . Memang Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
Kajian Abdul Muein Abadi (21hb Jan.2018) seorang pensyarah program Sains Politik di U.K.M. tentang baik buruk penamaan Dr Mahatir sebagai PM PH untuk PRU Ke 14 menegaskan positifnya tindakan tersebut dalam memberi lonjakan sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan dan keyakinan pelabur luar negara.
Meru, Kelang
26 Jamadil Awal 1439
12 Februari 2018
26 Jamadil Awal 1439
12 Februari 2018
0 comments:
Post a Comment