Wednesday 25 April 2018

[Video Larang gambar Dr M usaha SPR bantu BN & Ahli Umno buang bendera BN] Ahli Umno tutup bilik gerakan di Gua Musang, Puad Zarkashi letak jawatan KP Jasa & Gagal dapat kerusi Presiden myPPP juga letak jawatan.

Rabu, 25 April 2018


Beberapa orang dilihat menanggalkan bendera Umno di sebuah bilik gerakan pilihan raya di Gua Musang.
GUA MUSANG: Pimpinan akar umbi di kubu kuat Tengku Razaleigh Hamzah, Gua Musang, menutup bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di sini sebagai tanda protes terhadap pucuk pimpinan Umno kerana menggugurkan penyandang kerusi negeri Paloh, Datuk Nozula Mat Diah selepas 28 tahun berkhidmat.
Isnin lalu, pekerja jentera BN turut bertindak menurunkan bendera parti di pusat daerah mengundi (PDM) Jeram Tekoh, sebaliknya menaikkan bendera PAS sebagai tanda protes.
Seramai 12 ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kerusi negeri Paloh turut meletak jawatan selain enggan membantu kempen pilihan raya.
Dihubungi FMT, pemimpin Umno di Gua Musang berkata rasa tidak puas hati itu bukan sahaja berlaku di Paloh sebaliknya di seluruh kawasan Parlimen itu.
Selain Paloh, Gua Musang yang disandang veteran Umno Tengku Razaleigh selama lebih 4 dekad turut memuatkan kerusi negeri Galas dan Nenggiri.
Seorang pemimpin Umno di Gua Musang yang enggan namanya didedahkan berkata punca utama krisis dalaman di kawasan itu ialah kesilapan percaturan oleh Tengku Razaleigh, yang juga ketua Umno bahagian di situ.
“Ramai lagi di peringkat bawah penyokong BN tak puas hati dengan Tengku Li. Presiden parti (Datuk Seri Najib Razak) sendiri tidak berani masuk campur pemilihan calon di sini, Pengerusi Umno Kelantan (Datuk Seri Mustapa Mohamed) tidak berani campur, sebab kuasa mutlak kepada Tengku Li.
FMT.

Puad Zarkashi letak jawatan KP Jasa hari ini

Puad Zarkashi letak jawatan KP Jasa hari ini
Datuk Dr  Mohd Puad Zarkashi meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dipercayai ada kaitan dengan namanya tidak tercalon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Dalam entri terbaharu di Facebooknya, beliau memaklumkan, hari ini merupakan hari terakhirnya di Jasa dan beliau tidak berganjak dengan keputusan itu. Beliau turut menaikkan beberapa keping gambarnya bersama kakitangan Jasa dalam satu sesi taklimat akhir beliau.
“Alhamdulillah hari ini hari terakhir saya di Jasa. Saya tidak mengubah keputusan untuk meletak jawatan. Memang, ramai juga yang akan mengutuk saya (tetapi) saya tetap tabah. Berakhirlah riwayat saya di Jasa,” katanya hari ini
Nama Mohd Puad yang juga Ketua Umno Bahagian Batu Pahat tidak tersenarai sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen itu pada PRU-14 dan digantikan dengan Ketua Wanita Umno bahagian berkenaan, Haliza Abdullah.
Beliau turut berkata, Jasa adalah tempat ‘panas’ sehingga DAP membawa usul ke Parlimen di sidang Parlimen terakhir awal tahun ini supaya Jasa dibubarkan. Sebelum ini dalam bajet Pakatan Harapan mereka mencadangkan supaya Jas ditutup sahaja walaupun katanya, Jasa banyak menabur bakti dan jasa di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
MD.

Gagal dapat kerusi Presiden myPPP letak jawatan

Gagal dapat kerusi Presiden myPPP letak jawatan
Tan Sri M Kayveas hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai presiden myPPP berkuat kuasa Isnin lepas, setelah menyandang jawatan itu lebih 2 dekad.
Dalam catatan Facebooknya hari ini, bekas ahli Parlimen Taiping itu turut meletak jawatan sebagai penasihat exco myPPP Perak dan pengerusi myPPP Wilayah Persekutuan.
Keputusan itu dibuat hanya 2 minggu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.
Menurut sumber, langkah itu mungkin kerana kegagalan parti itu mendapatkan kerusi Parlimen Cameron Highlands yang diberikan kepada Ketua Pemuda MIC, Datuk C Sivaraajh.
“Mungkin ada tekanan daripada anggota myPPP berhubung kegagalan Kayveas mendapatkan kerusi Cameron Highlands, walaupun parti itu bekerja keras sejak 2 tahun lepas,” kata sumber enggan dikenali itu kepada Bernama.
Ahad lepas, Kayveas berkata, parti itu tidak merestui keputusan Naib Presidennya, Datuk Loga Balan Mohan untuk bertanding di Parlimen Segambut atas tiket Barisan Nasional.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena