Thursday 26 April 2018

[Video Tun M-Bagaimana Pakatan Mampu Tawarkan Peluang Pekerjaan] Tuduhan DAP ketuai PH persepsi jahat Umno-Pas & Jika undi BN lagi byk org Bangla, Nepal, dan Myanmar berkerja di Malaysia.

Khamis, 26 April
Undi BN lagi sekali lagi byk org Bangla Nepal Myanmar akan dpt kerja di Malaysia.
Foto Anwar Ibrahim.
InsyaAllah 9 Mei 2018 Malaysia memilih kerajaan baru.

Tuduhan DAP ketuai PH persepsi jahat Umno-Pas

Ketua Penerangan Wanita Pakatan Harapan (PH), Aiman Athirah Al Jundi (foto) menyifatkan tuduhan kononnya DAP menguasai gabungan politik sebagai satu projek menanam rasa takut oleh Umno-Pas.
Menurutnya, jumlah keseluruhan kerusi Parlimen yang ditandingi DAP adalah 47 kerusi iaitu Semenanjung (35), Sabah (3) dan Sarawak sembilan kerusi.
“Masih dalam konteks itu pun, DAP berada pada kedudukan jumlah (kerusi) lebih rendah berbanding kerusi Parlimen Bersatu dan PKR di Semenanjung Malaysia,” jelasnya.
Semakannya juga terhadap agihan kerusi Parlimen PH dan mesra PH bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak mendapati Bersatu memiliki 71 kerusi diikuti PKR (40), AMANAH (34) dan Warisan 34 kerusi.
Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) itu berkata demikian mengulas grafik bertajuk ‘Dominasi Kerusi Parlimen’ yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Tanpa menyebutkan nama, beliau berkata, angka dalam grafik itu menyamai idea seorang individu yang pernah mendakwa DAP bertanding 54 kerusi Parlimen di seluruh Malaysia sekali gus lebih tinggi berbanding Bersatu.
Semakan mendapati, individu yang dimaksudkan adalah Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff.
Kamarul dilapor Malaysia Gazette dalam laporan bertajuk, ’37 kerusi Parlimen: DAP masih ada Sabah dan Sarawak’ pada 8 Januari lalu berkata, jumlah 35 kerusi ditandingi DAP di Semenanjung itu meningkat kepada 54 kerusi apabila ditambah kerusi di Sabah dan Sarawak.
Grafik tular yang memainkan sentimen jahat memburukkan PH.
Mengulas lanjut, Athirah berpendapat penyebaran mesej itu sebagai serangan persepsi bahawa kononnya DAP yang mengetuai dan menguasai PH.
“Ia sama sekali salah dan fitnah. Sebenarnya ini merupakan serangan persepsi jahat dan tidak bertanggungjawab. Maklumat itu fitnah dan tidak lengkap,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya sikap mempermainkan politik propaganda kaum dan agama dihentikan.
“Masalah negara dan rakyat tidak boleh diselesaikan dengan permainan politik persepsi yang jahat seperti ini dengan menafikan fakta yang sudah terang dan jelas,” tambahnya lagi.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena