Monday 23 April 2018

[Video Mat Sabu nyaris lempar mikrofon, marah Pas 'kedarah' duit Umno] SUDAHLAH TAK CERDIK, CUBA MENIPU PULAK TU! Melontarkan idea pun nampak mengarut, maka mengundi Pas pun sama juga mengarutnya.

Selasa, 24 April 2018

SUDAHLAH TAK CERDIK, CUBA MENIPU PULAK TU!!!

Setelah sebelum ini menjanjikan pemberian BR1M bernilai RM2,500 jika beliau menjadi Perdana Menteri, Naib Presiden Pas yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah kini tampil lagi dengan janji barunya yang lebih sensasi. 

Kali ini beliau menjanjikan akan memberi cuti selama dua tahun kepada ibu-ibu yang bersalin dan melahirkan anak.

Tetapi, sama sepertimana janjinya sebelum ini, janji terbaru ini juga, kata Mohd Amar hanya akan ditunaikan jika beliau dapat menjadi Perdana Menteri.

Ada sesiapa mahu percaya dengan janji Mohd Amar ini?

Sebenarnya inilah cara Pas menipu, memperdaya serta mengkhayalkan para penyokong dan orangrama dengan janji-janji palsu yang seolah-olah mampu dilaksanakan.

Sudah tentu Mohd Amar berani membuat janji itu kerana beliau tahu dirinya tak mungkin dapat jadi Perdana Menteri.

Beliau sebenarnya sedar bukan saja Pas tidak mungkin dapat mentadbir negara ini dan memenangi pilihanraya akan datang, malah jika ditakdirkan berjaya mendapat kuasa sekali pun, sudah tentu yang akan menjadi Perdana Menteri ialah Presiden Pas atau Timbalan Presiden Pas.
Mohd Amar hanyalah Naib Presiden Pas bersama dua lagi pemegang jawatan yang sama iaitu Idris Ahmad dan Iskandar Abdul Samad.

Maka, disebabkan sedar kedudukannya yang jauh daripada jangkauan kerusi Perdana Menteri itu, lalu beranilah berjanji bulan bintang kepada orangramai.

Hakikatnya, beliau hanya mahu menipu dan memperdaya rakyat sahaja.
Jika benar ikhlas, kenapa dengan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang dan sudah hampir 30 tahun Pas mentadbir Kelantan, Mohd Amar tidak berani berjanji apa-apa kepada rakyat negeri tersebut?

Lagi pun selama ini Mohd Amar hanya bertanding di peringkat DUN dan tidak dipastikan sama ada beliau akan beralih ke peringkat Parlimen dalam pilihanraya 9 Mei ini.

Makanya, untuk Mohd Amar bermimpi melangkah ke kerusi Perdana Menteri, tidur selama tiga hari tiga malam pun belum tentu mimpi itu akan menjelma dalam hidupnya.

Hakikatnya, segala janji Mohd Amar selama ini, baik berkaitan BR1M sebanyak RM2,500 ataupun cuti 2 tahun untuk wanita yang melahirkan anak, tidak lebih hanyalah tipu daya dan untuk memperdaya semata-mata.

Dalam waktu yang sama, janji cuti 2 tahun, tetapi sebenarnya hanya dibayar gaji selama tiga bulan itu juga merupakan suatu bentuk tipu daya kepada orangramai.

Siapakah yang sanggup bercuti selama 2 tahun dengan 21 bulan selebihnya tanpa dibayar gaji?

Akhirnya, sudah tentu ibu-ibu yang bersalin hanya akan memilih bercuti selama tiga bulan atau 90 hari saja, satu tempoh yang sudah pun diamalkan di kebanyakan sektor sekarang ini.

Tidakkah ini bermakna janji Mohd Amar kali ini suatu penipuan sekali lagi?

Selain itu, memberi cuti selama dua tahun itu juga  menggambarkan ketidakcerdikan Mohd Amar dalam melontarkan ideanya sebagai seorang pemimpin.

Cuba bayangkan, andaikata ada yang sedia menerima tawaran itu dan mereka melahirkan anak setiap dua tahun, tidakkah ini akan menyebabkan seseorang itu akan bercuti selama 10 tahun berturut-turut jika mempunyai anak seramai 5 orang.

Bukankah ini merupakan pembaziran dari segi tenaga kerja dan kemahiran, lebih-lebih lagi jika wanita itu berkelulusan tinggi?

Bagaimanakah Mohd Amar mahu menampung kelompongan dan kekurangan tenaga kerja tersebut sekiranya di sesebuah jabatan ramai ada wanita yang bersalin dalam tempoh masa yang hampir sama?

Tidakkah mengarut saja idea beliau itu?

Melontarkan idea pun nampak mengarut, maka mengundi Pas pun sama juga mengarutnya. (ShahbudinHusin 24/04/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena