Monday 23 April 2018

[Video Muhyiddin Yassin Jelajah Harapan Sgor meraikan PPBM masih parti halal, parti Umno berkemungkinan diHARAMkan & Husni sedia pertahan Tambun] Faiz Fadzil N.11 Pmtg Pasir "Kini Tiba Masanya" & Pecat 16 ahli fail semakan kehakiman seperti hina mahkamah.

Selasa, 24 April 2018




Pecat 16 ahli fail semakan kehakiman seperti hina mahkamah

Faiz bersama petugas di Dun Permatang Pasir.

Tindakan Umno memecat serta merta 16 ahli parti tersebut yang memfailkan semakan kehakiman meminta supaya Umno dibubarkan serta menghentikan segala aktiviti mereka ekoran kegagalan mengadakan pemilihan mereka yang didakwa tidak mengikut perlembagaan parti seolah-olah cuba menghina mahkamah.


Demikian dinyatakan oleh calon bagi kerusi Dun Permatang Pasir, Faiz Fadzil selepas menyantuni penduduk dalam kawasan tersebut kelmarin.
Katanya lagi, memecat kesemua 16 ahli Umno yang memfailkan semakan kehakiman tersebut adalah tindakan terdesak bagi menggagalkan usaha ahli Umno terlibat untuk mendapat keadilan yang sebenar.
“Usaha ini adalah tindakan drastik yang terpaksa dilakukan bagi menyelamatkan Umno yang semakin ketara tercungap-cungap berada di hujung hayat.
“Pemecatan ini akan dijadikan alasan di mahkamah atas premis mereka tiada lokus standi.
“Secara jelasnya ia memperlihatkan bagaimana Umno berada dalam ketakutan kerana bimbang ia bakal diharamkan kerana melanggar peraturan sepertimana yang termaktub dalam akta pertubuhan,” ujarnya lagi.
Faiz yang juga merupakan pengamal undang-undang turut berkata, seperti biasa yang menjadi lumrah Umno tidak lagi menghormati undang-undang.
“Sebaliknya Umno akan menggunakan RoS bagi menekan musuh politik mereka serta bertindak ‘double standard’.
“Walaupun jelas bahawa kegagalan Umno mengadakan pemilihan bertentangan dengan akta pertubuhan, mereka tidak menerima nasib yang sama seperti parti pembangkang.
“Tiada tindakan yang diambil terhadap Umno akan menghilangkan keyakinan rakyat bukan saja kepada RoS tetapi juga kepada kepimpinan BN kini,” jelasnya.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda AMANAH turut berkata, sikap yang menjadi amalan Umno dan RoS tidak harus menjadi amalan kepada lain-lain agensi kerajaan.
Malah katanya, sebagai sebuah badan bebas RoS mesti bertindak segera dengan lebil adil dan efisien bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap organisasi tersebut.
“Kerajaan yang sering mengamalkan dua undang-undang yang berbeza tidak harus diberi kepercayaan oleh mana-mana rakyat untuk memerintah negara ini secara berterusan.
“Undang-undang yang dipraktikkan mestilah adil dan diguna pakai untuk semua pihak tanpa membezakan sama ada ia adalah parti pemerintah maupun parti pembangkang.
“Seandainya keputusan sebegini rupa pun sukar untuk dijustifikasikan segera, adalah dibimbangi keadilan tidak dapat ditegakkan dalam negara,” tambahnya.
Rentetan itu katanya, rakyat harus sedar dan bangkit menolak salah urus tadbir, salah guna kuasa dan kegagalan menegakkan keadilan dalam kepimpinan kerajaan.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena