Wednesday 25 April 2018

[Video Zahid cabar Najib di Pekan & Rakyat Tetap Tolak BN] Najib semakin TERDESAK! SPR melarang penggunaan gambar Anwar? Zahid cabar Najib di Pekan selepas calon undur.

Rabu, 25 April 2018

Foto Parti Amanah Negara.

Tindakan Terdesak SPR

Buat pertama kalinya dalam sejarah pilihan raya di negara ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan syarat-syarat tambahan penggunaan bahan kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). SPR melarang penggunaan gambar pemimpin utama parti politik selain daripada Presiden dan Timbalan Presiden.

Ini adalah tindakan terdesak mengharamkan penggunaan gambar Ketua Umum Pakatan Harapan Saudara Anwar Ibrahim dan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai bahan kempen PRU-14.

Jelas sekali SPR bertindak melangkaui tiga tugas dan tanggungjawab utama sepertimana yang termaktub perkara 113 Perlembagaan Persekutuan iaitu menjalankan pilihan raya, menyediakan dan menyemak daftar pemilih serta menjalankan kajian semula bahagian pilihan raya Persekutuan dan Negeri-negeri.

SPR harus memastikan pilihan raya umum ke-14 ini berjalan secara bebas, bersih dan adil, bukannya menetapkan syarat-syarat yang berat sebelah dan tidak masuk akal.

Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

25 April 2018

Zahid cabar Najib di Pekan selepas calon undur

Zahid cabar Najib di Pekan selepas calon undur
Zahid Mat Arip, yang pernah menjadi pegawai khas kepada bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad, kemungkinan besar bertanding di Pekan menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menurut sumber PPBM seperti dilapor FMT hari ini.
Ia selepas Kamarul Ariffin Mohd Shahar, calon yang sebelum ini dinamakan untuk cabar Najib, bersetuju berundur selepas pertemuan dengan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.
Menurut Kamarul, bekas perdana menteri itu sudah menjelaskan strategi untuk Pekan dan meminta beliau berkorban untuk memberi laluan kepada calon baru.
“Ia juga ketara daripada penjelasan Tun, strategi itu juga akan mengubah landskap politik di Malaysia,” katanya.
 “Saya setuju atas permintaannya dan untuk memberi laluan kepada Zahid Mat Arip.”
Sumber memberitahu FMT, Dr Mahathir dijangka mengumumkan pencalonan Zahid hari ini.
Zahid yang juga ahli Majlis Tertinggi PPBM, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ogos lepas bagi membantu siasatan ke atas pembelian hotel dengan harga lebih tinggi berbanding nilai pasaran oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching.
Beliau menafikan sebarang salah laku dan mendakwa penahanan itu satu bentuk penganiayaan.
Zahid, cucu kepada arwah timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba, sebelum ini pernah memfailkan tuntutan untuk mengubah status Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB. Bagaimanapun, tindakan itu digugurkan.
Najib menyandang kerusi Pekan sejak 1976, dan pada pilihan raya umum lalu menang dengan majoriti 35,613 undian. Beliau meraih 51,278 undian menentang Mohd Fariz Abd Talib dari PKR yang memperoleh 15,665 undian.
MD.



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena