Sunday 22 April 2018

[Video PRU14 Peluang Terbaik Pakatan] Gantung bendera di wayar TNB, 4 cedera direnjat elektrik.

Isnin, 23 April 2018


AMARAN:Tolong elakkan daripada melakukan kerja2 pemasangan bendera, poster dan sebagai nya berhampiran aset2 TNB, amat merbahaya.
*PERHATIAN!*
*Kemalangan* *telah* *berlaku! (Melibatkan orang awam)*
📆: Incident Date : 22/04/2018
Incident Time : about 01:30hrs
📜: Telah berlaku satu insiden melibatkan 4 orang awam di bawah talian 132kV SABG-PSRI. Insiden berlaku kerana terdapat breach of clearance ketika mahu memacak buluh untuk memasang bendera parti.Ketika kejadian,ada terdapat dalam 10 orang awam yang melakukan kerja2 memasang bendera.4 orang daripada mereka sedang cuba mengangkat buluh sepanjang 56kaki, untuk ditegakkan. Ketika itu berlaku flashover dan keempat2 mangsa terpelanting.3 org mengalami cedera ringan dan seorang mengalami patah tulang rusuk akibat dari jatuh terpelanting.semua mangsa berada dalam keadaan stabil. Tiada perlantikan pada talian direkodkan dan perkakas tnb dalam keadaan baik.
📍: Unit Lines,Subzone Kluang,GM South
Sekian, terima kasih.

mforum

Gantung bendera di wayar TNB, 4 cedera direnjat elektrik

Empat orang lelaki cedera terkena renjatan elektrik selepas cuba menggantung bendera parti di kabel elektrik bervoltan tinggi di Muar.
Dalam insiden kira-kira jam 1 pagi di Kampung Parit Yusof itu, 10 orang petugas parti cuba memang bendera menggunakan galah buluh.

Bagaimanapun nasib malang membuatkan empat orang terkena renjatan elektrik dan tercampak beberapa meter, lapor New Straits Times.
Seorang mangsa patah tulang rusuk manakala yang lain cedera kecil.

Ketua Polis Daerah Muar Assistant Commissioner Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
TNB sebelum ini telah memberi amaran supaya bahan kempen tidak dipasang di insrastukrur mereka.
Malaysiakini.

1 comments:

Hj Aduka said...

Penyokong parti mana tu...ketua PDM tak bagitau ke?

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena