Sunday 22 April 2018

[Video Mat Sabu ke Kota Raja, Dzulkefly mahu 'rampas' Kuala S'gor] Mohamad Sabu sah di Kota Raja, kekalkan 4 bekas wakil rakyat di kerusi sama.

Ahad, 22 April 2018

Mohamad Sabu sah di Kota Raja, kekalkan 4 bekas wakil rakyat di kerusi sama

Mohamad Sabu sah di Kota Raja,  kekalkan 4 bekas wakil rakyat di kerusi sama

Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Selangor hari ini mengumumkan senarai calon di lima kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan 10 kerusi Parlimen.
AMANAH Selangor masih mengekalkan penyandang bagi kerusi Parlimen dan Dun yang pernah disandang wakil rakyatnya atas tiket Pas pada PRU13 lalu.
Khaled Samad akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam danturut  mengekalkan Mohamed Hanipa Maidin di Parlimen Serdang.
Presiden AMANAH Mohamad Sabu akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Raja dan Naib Presiden Amanah Hasanuddin Mohd Yunus di kerusi Parlimen Hulu Langat.
AMANAH turut mencalonkan kembali Dr Dzulkefly Ahmad di kerusi yang pernah ditandingi beliau pada 2008 dan 2013 kembali bertanding di Parlimen Kuala Selangor.
Turut dikekalkan Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor Saari Sungib di Dun Hulu Kelang.
Bagaimanapun Dr Siti Mariah Mahmood dulu penyandang Parlimen Kota Raja pada PRU14 kini disenaraikan untuk bertanding di
kerus Dun Seri Serdang.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi AMANAH Selangor Ir Izham Hashim di ibu pejabat AMANAH Selangor. Beliau akan bertanding
bagi kerusi Dun Pandan Indah.
AMANAH Selangor turut menyenaraikan nama Ketua Pemuda AMANAH Nasional Mohd Sany Hamzan di Dun Taman Templer.
Dun Sabak akan ditandingi Ketua AMANAH Sabak Bernam Ahmad Mustain Othman; (Sungai Panjang) Naib Pengerusi AMANAH Selangor Mariam Abdul Rashid;(Hulu Bernam) Timbalan Ketua AMANAH Selangir Mohd Amran Sakir; (SungaiRamal) Ketua AMANAH Serdang Mazwan Johar; (Meru) Pengerusi Biro Dakwah AMANAH Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan; (Morib) Naib Pengerusi AMANAH Selangor Hasnul Baharuddin.
Mohd Sabu ketika ditanya mengenai kerusi ditandinginya di Kota Raja berkata, nama beliau telah disyorkan oleh parti di kawasan Kota Raja.
“Saya disyorkan pihak parti di Kota Raja. Kita yakin kena bekerpa keras. Jika ada tidak puashati itu perkara biasa kerana ini urusan parti,” ujarnya yang berkata untuk memastikan  semua 15 kerusi AMANAH di Selangor dimenangi perlu digerakkan dengan usaha keras membabtikan gabuungan Pakatan Harapan.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena