Saturday 21 April 2018

[Video Syafie Apdal~Terus 'gasak' Najib, Pelancaran Manifesto Pakatan Harapan Sabah] Najib lebih sayangkan Jho Low daripada kawannya, kata Shafie Afdal.

Ahad, 22 April 2018

Najib sayang Jho Low dari kawannya, kata Shafie


Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Shafie Apdal menempelak Perdana Menteri (kerajaan sementara) Datuk Seri Najib Abdul Razak atas kenyataannya bahawa bekas menteri itu telah menikam beliau dari belakang.
"Saya pergi rumah dia, saya cakap dengan dia face to face, advise him as a friend, kena siasat 1MDB ambil tindakan.
"Bila saya bersuara saya pula diambil tindakan. Rupanya kawan ini (Najib) dia lagi sayang Jho Low dari kawan dia," kata Shafie di Sandakan hari ini.
Pada 9 April lalu, Najib memberitahu hadirin di kampung halaman Shafie di Semporna bahawa beliau telah menikamnya dari belakang dengan meninggalkan Umno.
"Minta dia bincang dengan Musa (Ketua Menteri Sabah) tetapi banyak nasihat saya dia tidak dengar. Saya kecewa dalam keadaan tertentu dia tikam saya dari belakang... pedih rasanya apabila sahabat karib berbuat demikian," Najib dipetik Bernama sebagai berkata.
Shafie keluar Umno pada 2016, setahun selepas beliau dipecat daripada kabinet kerana mengkritik skandal 1MDB.
Manakala itu, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang juga dipecat daripada kabinet bersama Shafie atas sebab yang sama - turut berseloroh mengenai kenyataan Najib.
"Mungkin jika dia (Najib) bertemu dengan saya, dia akan berkata 'kamu menikam saya depan-depan'," kata Muhyiddin.
Kedua-dua mereka berucap pada majlis pelancaran Manifesto HARAPAN Sabah.
WARISAN bukan parti komponen HARAPAN, tetapi membentuk pakatan dengan PKR dan DAP dalam pilihan raya.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena