Friday 27 April 2018

[Video Ho, hooo, KALUT! Sehari sebelum penamaan calon, AKAR UMBI TOLAK CALON & Wanita Umno naik angin di PERLIS] ‘Krisis nasional jika mahkamah benarkan rayuan 16 ahli Umno’.

Jumaat, 27 April 2018


‘Krisis nasional jika mahkamah benarkan rayuan 16 ahli Umno’


Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla memberi amaran Umno berkemungkinan akan mencetuskan krisis nasional jika rayuan anak guamnya berhubung permohonan mereka membubarkan Umno dibenarkan manakala calonn parti itu bertanding pada pilihan raya umum ke-14.
Menurut Haniff, walaupun beliau menghormati keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wira Kamaludin Md Said yang menolak kes itu hari ini, beliau berpandangan hakim itu terkhilaf.
Katanya, keputusan berkenaan bercanggah dengan prinsip stare decisi iatu mengikuti peraturan yang ditetapkan seperti dalam penghakiman kes Semenyih Jaya dan kes Indira Gandhi di Mahkamah Persekutuan, sebelum ini.
Justeru, beliau berkata terserah kepada Umno untuk mengambil risiko dan meletakkan calonnya sebagai wakil BN pada penamaan calon yang dijadualkan esok.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi adalah pada 9 Mei ini.
"Jika rayuan kami dibenarkan, ini akan membawa negara ke krisis nasional berhubung kesahihan calon (Umno) (susulan persoalan yang berkisar tentang status parti itu)," katanya.
"Bagaimanapun terpulang kepada kebijaksanaan Umno untuk mempertimbangkan ini...,” katanya.
Haniff berkata merit cabaran mereka tidak dibicarakan oleh mahkamah susulan penolakan kes itu hari ini.
Beliau berkata merit kes mereka adalah kukuh, kerana terdapat persoalan mengenai status Umno, memandangkan parti itu gagal mengadakan sebarang pemilihan selama hampir lima tahun.
Perlembagaan Umno menyatakan bahawa parti itu mesti membuat pemilihan setiap tiga tahun, dan lanjutan hanya boleh diberikan untuk maksimum 18 bulan.
Haniff berkata mahkamah tidak memutuskan isu yang dibangkitkan itu, yang menjadi merit permohonan mereka.
"Apa yang mahkamah lakukan (adalah) ia melucutkan pihak-pihak daripada mendengar merit, seperti Seksyen 18C Akta Pertubuhan, yang menghalang ahli daripada membawa sesuatu perkara ke mahkamah," katanya.
Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 menyatakan bahawa ahli tidak boleh membawa sebarang pertikaian parti ke mahkamah. Ini dipetik oleh Hakim Kamaludin sebagai asas untuk mengketepikan cabaran yang difailkan oleh 16 anggota Umno itu hari ini.
Malaysiakini.

1 comments:

Doyan Main said...

judi casino online menghadirkan permainan casino Ternama di seluruh dunia LIVE langgsung

Ayo Segera Daftar Akun Bermain Anda..Gratiss..

Klik >>>>>>> Daftar Game Casino

Hubungi Segera:
WA: 087785425244
Cs 24 Jam Online

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena