Wednesday 25 April 2018

[Video SHAFIE & MUHYIDDIN SMACKDOWN Najib di Sabah] DAP hantar sepuluh calon Melayu? Biar betul!

Khamis, 26 April 2018

DAP hantar sepuluh calon Melayu? Biar betul!


Ramai yang terkejut apabila mengetahui bahawa DAP menghantar 10 calon Melayu untuk bertanding dalam pilihanraya kali ini. Bagi sebahagian mereka, 10 orang adalah bilangan yang sudah cukup banyak bagi DAP, sebuah parti yang dilihat ramai betul anggota Cina.
Sebenarnya kalau dibuka lipatan sejarah, ramai akan terperanjat mengetahui bahawa ini bukan pertama kali DAP menghantar calon Melayu seramai ini. Bahkan sebelum ini lebih ramai lagi.
Percaya atau tidak, pada pilihanraya umum 1974, DAP telah menghantar 38 orang calon Melayu. Dalam pilihanraya ini, 14 daripada 33 calon DAP yang bertanding di DUN Perak adalah calon Melayu. Salah seorangnya, Daeng Ibrahim Othman menewaskan calon MCA di kerusi DUN Pasir Puteh.
Turut serta pada ketika itu adalah nama-nama seperti Ibrahim Singgeh, Fadzlan Yahya dan Salleh Nakhoda Hitam. Ibrahim terlebih dahulu menang di DUN Tapah, Perak pada PRU 1969, manakala Hassan Ahmad menang di DUN Si Rusa, Negeri Sembilan.
Tidak berhenti di situ, DAP kemudiannya menghantar 57 calon Melayu pada tahun 1978, kemudian 25 calon Melayu pada tahun 1982, di mana Fadzlan Yahya menang di DUN Pasir Bedamar, Perak.
Pada tahun 1990, Ahmad Nor, bekas pemimpin kesatuan sekerja yang terkenal, menjadi Ahli Parlimen Melayu DAP yang pertama, setelah menang di kerusi Bayan Baru, Pulau Pinang.
Dalam PRU berikutnya pada tahun 1995, 10 orang calon Melayu dipertaruhkan di Pulau Pinang.
Maka tak perlu hairan. DAP bukan parti Cina. DAP adalah parti rakyat Malaysia. Dengan menggali sejarah, semua fitnah dan momok UMNO akan dapat kita patahkan.
Pada PRU ke-14 ini, DAP kembali mempertaruhkan calon-calon Melayu di peringkat DUN dan Parlimen.
Pada PRU ke-14 ini, DAP kembali mempertaruhkan calon-calon Melayu di peringkat DUN dan Parlimen.
Penyandang DUN Mentakab, merangkap Ketua Pembangkang Pahang, Tengku Zulpuri Shah bakal bertanding di kerusi Parlimen Raub, menggantikan Datuk Mohd Ariff Sabri yang sedang uzur.
Dua lagi calon di Pahang ialah Young Syefura Othman (DUN Ketari) dan Abu Bakar Lebai Sudin (DUN Pulau Manis). Abu Bakar adalah pemimpin veteran DAP Pahang, yang bakal berentap di kerusi DUN di bawah kawasan Parlimen Pekan, disandang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Di Selangor dua orang Ahli Majlis dicalonkan. Jamaliah Jamaluddin, cucu pejuang kemerdekaan, Shamsiah Fakeh; dihantar bertanding di DUN Bandar Utama; manakala Edry Faizal, Ahli Majlis Perbandaran Selayang, dicalonkan di DUN Dusun Tua.
Mantan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Dr Abdul Aziz Bari, dicalonkan di DUN Tebing Tinggi, Perak; manakala bekas aktivis mahasiswa dan mantan pemimpin muda PAS, Sheikh Omar Ali, diletakkan di kerusi DUN Paloh, Johor.
Timbalan Pengerusi DAP Melaka, Norhizam Hassan Baktee pula dicalonkan di DUN Pengkalan Batu di negeri Hang Tuah itu.
Di Pulau Pinang, mantan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari bakal bertanding di DUN Tanjung Bungah, manakala Syerleena Abdul Rashid, dicalonkan di DUN Seri Delima.
Zairil sebelum ini adalah antara tiga calon Melayu dipertaruhkan DAP di peringkat Parlimen. Beliau dan Datuk Ariff menang di kawasan masing-masing, manakala Mahdzir Ibrahim tewas di Tanjung Piai.
Dakwaan ‘DAP parti Cina’ ternyata tidak berasas. Bukan sahaja kini, atau beberapa tahun kebelakangan ini. Bahkan sejak tahun 70’an lagi.
Justeru janganlah cuak mahupun bimbang. Tak adanya Melayu merempat tak makan kalau UMNO dikalahkan. Undilah untuk perubahan. Kita mesti menang, UMNO mesti tumbang. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena